Permohonan UPU Online adalah proses penting bagi calon-calon yang mahu melanjutkan pengajian ke peringkat institusi pengajian tinggi.
Melalui UPU Online, calon-calon dapat memohon untuk mengikuti program pengajian di Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) atau Kolej Komuniti (KK) di Malaysia.
Sistem Permohonan UPU Online
Sistem permohonan bagi sesi akademik 2024/2025 akan dibuka pada tarikh yang ditetapkan kepada calon-calon lulusan SPM, lulusan STPM / Matrikulasi / Asasi / STAM dan lepasan Diploma / Setaraf yang mahu memohon kemasukan ke Institusi Pengajian, Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Mengenali Sistem Permohonan UPU
Sebelum memulakan proses, pastikan anda memahami sistem yang dibangunkan. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai sistem ini melalui portal rasmi. Semua maklumat penting yang diperlukan oleh anda sudah disediakan dalam portal rasmi Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT).
Pemilihan Program Pengajian
Anda perlu memilih program pengajian yang ingin anda memohon. Pilihlah program yang sesuai dengan minat dan kebolehan anda. Pastikan anda membaca syarat-syarat kelayakan dan keperluan khusus untuk setiap program yang dipilih kerana ia bakal menentukan keputusan UPU Online anda sama ada berjaya atau tidak.
Institut Pengajian Tinggi
Sistem permohonan UPU online dibuka bagi kemasukan pelajar baharu ke 20 Universiti Awam, 36 Politeknik, 105 Kolej Komuniti dan empat Institusi Kemahiran Tinggi Awam (ILKA).
Permohonan Fasa Pertama
Permohonan UPU fasa pertama kemasukan pelajar Sesi Akademik 2024/2025 ke Program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda adalah terbuka kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf untuk semua program pengajian yang mana berkenaan. Maklumat kategori permohonan boleh rujuk kepada infografik yang disertakan di bawah.
Permohonan Fasa Kedua
Permohonan UPU bagi fasa kedua pula hanya melibatkan program pengajian yang tidak bertemu duga dan yang mana-mana berkaitan.
Permohonan UPU Online 2024/25
Berikut editor sertakan maklumat ringkas berkaitan dengan Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2024/2025.
Info Tarikh Permohonan UPU Online
Dibuka | Ditutup |
---|---|
29 Februari 2024 | 29 Mac 2024 |
12:00PM | 5:00PM |
Dibuka | Ditutup |
---|---|
29 April 2024 | 9 Jun 2024 |
12:00PM | 5:00PM |
Tarikh sistem permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2024/2025 dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Jabatan Pendidikan Tinggi. |
Pembelian No PIN UPU Online Di BSN
Pembelian NO PIN bagi permohonan UPU Online 2024/2025 boleh dibeli menerusi kaunter, ATM dan Perbankan Internet (MyBSN) Bank Simpanan Nasional (BSN) mengikut organisasi dan kursus / program.
Maklumat lanjut mengenai PIN UPU Online di BSN sila rujuk kepada laman sesawang rasmi BSN menerusi judul pautan Maklumat Pembelian PIN BSN.
Panduan Dan Cara Permohonan UPU Online
Berikut merupakan panduan tatacara ringkas bagi membuat permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2024/2025.
- Sila layari portal rasmi sistem permohonan UPU Online di pautan (link) https://upu.mohe.gov.my untuk membuat permohonan.
- Calon-calon disarankan terlebih dahulu membuat semakan syarat kelayakan di e-panduan Permohonan Kemasukan Ke Institusi Pengajian bagi memastikan kategori permohonan anda adalah betul.
Navigasi Menu Berkaitan Permohonan UPU Online
- Senarai IPTA Dan ILKA
- Carian Program Pengajian
- Syarat Kemasukan Lepasan SPM
- Syarat Kemasukan Lepasan STPM / Setaraf
- Kalkulator Merit Lepasan SPM
- Kalkulator Merit Lepasan STPM / Setaraf
Portal Rasmi Dan Maklumat Lanjut UPU Online
Sebagai peringatan, anda disarankan hanya melayari Portal Rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA di pautan https://upu.mohe.gov.my kerana segala info-info dan panduan mengenai permohonan serta info berkaitan yang diperlukan oleh anda telah disediakan dengan lengkap dan tepat.
Selain itu, sila layari laman Facebook Kemasukan BPKP JPT – FB Rasmi UPU dari semasa ke semasa bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung dengan permohonan UPU Online terutamanya bila tarikh permohonan akan dibuka.