Carta Terengganu Piala AFC 2023 jadual keputusan

Carta Terengganu Piala AFC 2023 jadual dan keputusan. kedudukan carta, keputusan jadual penuh perlawanan terengganu fc afc cup 2023.

Terengganu FC kembali membawa pasukan ke pentas Asia apabila layak menyertai kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC Cup) musim 2023.

Faktor Terengganu FC Layak

Pasukan Terengganu FC layak mewakili kelab pasukan Liga Malaysia untuk beraksi pada saingan Piala AFC musim 2023 apabila menjadi naib juara Liga Super musim lalu (2022).

Undian

Hasil daripada undian yang telah dibuat oleh Konfederasi Bola Sepak Asia telah meletakkan Terengganu FC berada di kumpulan G bersama pasukan Bali United (Indonesia), Stallion Laguna F.C. (Philippines) dan Central Coast Mariners FC (Australia).

Kelebihan Menjadi Juara

Pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan Piala AFC 2023 akan layak secara automatik ke saingan Liga Juara-Juara AFC 2024 (ACL) tanpa melalui play-off kelayakan.

Rumusan Format Pertandingan

  1. Saingan Piala AFC 2023 merupakan edisi ke-20 membabitkan penyertaan 36 pasukan telah di undi mengikut 9 kumpulan masing-masing yang menyaksikan setiap kumpulan di huni oleh empat pasukan.
  2. Perlawanan peringkat kumpulan dimainkan secara timbal balik (dua perlawanan setiap pasukan) ditempat sendiri dan lawan.
  3. Pasukan yang berjaya menjadi juara kumpulan akan layak ke peringkat saingan kalah mati (separuh akhir) zon manakala pasukan naib juara berpeluang layak berdasarkan pengiraan dan perbandingan serta pungutan mata paling tinggi di antara naib juara kumpulan-kumpulan lain.
  4. Saingan peringkat kalah mati (separuh akhir) antara zon bagi Zon Asean dan Zon Asia Tengah (Central Asia Zone) secara keseluruhannya membabitkan 4 pasukan.
  5. Pemenang peringkat separuh akhir ini akan mara ke perlawanan akhir bagi merebut tempat ke play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone – Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) yang melibatkan 4 pasukan keseluruhan.
  6. Pemenang peringkat play-off separuh akhir antara zon (Inter-zone) akan layak ke perlawanan play-off akhir (final) Inter-zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) dan Zon Asia Barat yang membabitkan 4 pasukan.
  7. Perlawanan akhir sebenar saingan Piala AFC 2023 akan menemukan pemenang play-off akhir Inter-Zone (Zon ASEAN / Zon Asia Tengah) menentang pemenang akhir Zon Asia Barat (West Asia Zone).

Senarai 4 Pasukan Kumpulan G

Berikut adalah senarai empat kumpulan yang menghuni kumpulan G bagi saingan Piala AFC musim 2023/2024.

Senarai Pasukan Kumpulan G AFC CUP 2023/2024
GGPasukan
logo bali unitedBali United
logo stallion lagunaStallion Laguna F.C.
logo central coast marinersCentral Coast Mariners FC
logo terengganu fcTerengganu FC

Terengganu FC Piala AFC 2023

Berikut merupakan pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, kedudukan carta dan keputusan Terengganu FC serta pasukan lain yang dalam kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia 2023 bermula dengan saingan peringkat kumpulan.

Jadual Dan Keputusan Peringkat Kumpulan

Jadual Dan Keputusan Terengganu FC Kumpulan G
Tarikh  MasaTuan RumahKeputusanPelawat
20 September – Rabu
4:00PMStallions25Bali United
8:00PMTerengganu10C.C. Mariners
4 Oktober – Rabu
4:00PMC.C. Mariners91Stallions
8:00PMBali United11Terengganu
26 Oktober – Khamis
4:00PMTerengganu22Stallions
4:00PMC.C. Mariners63Bali United
8 November – Rabu
4:00PMStallions23Terengganu
8:00PMBali United12C.C. Mariners
29 November – Rabu
4:00PMC.C. Mariners11Terengganu
8:00PMBali United52Stallions
13 Disember – Rabu
4:00PMStallions03C.C. Mariners
8:00PMTerengganu20Bali United

Kedudukan Carta Terkini Kumpulan G

Kedudukan Carta Terkini Terengganu FC Kumpulan G
GGPasukanBPMSKJGGBPGMT
1logo central coast marinersC.C. Mariners6411217+1413
2logo terengganu fcTerengganu FC6330106+412
3logo bali unitedBali United62131515+07
4logo stallion lagunaStallions6015927-181
Petunjuk Singkatan Bagi Carta
BPMSKJGGBPGMT
Bilangan PerlawananMenangSeriKalahJaringan GolGol BolosPerbezaan GolMata
Petunjuk Warna Dalam Carta
Mara Ke Separuh Akhir ZonBerpeluang Mara Ke Separuh Akhir ZonTersingkir

Pasukan Naib Juara Terbaik Zon ASEAN

Berdasarkan format pertandingan, hanya satu pasukan naib juara kumpulan terbaik sahaja yang akan layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN.

Kedudukan Carta Naib Juara Terbaik Zon Asean
GGPasukanBPMSKJGGBPGMT
2Flogo phnom penh crown fcPhnom Penh C.5401145+912
2Glogo terengganu fcTerengganu FC6330106+412
2Hlogo hai phong fcHai Phong521288+07
Petunjuk Warna Dalam Carta
LayakTidak Layak

Kongsi Artikel