Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2025: Pengumuman Awal Ramadan

Keterangan Artikel: Tarikh Mula Puasa Ramadhan 2025: Pengumuman Awal Ramadan. Pengisytiharan Rasmi Tarikh Puasa Ramadan 2025 Tahun ini Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Setiap tahun, tarikh mula puasa bulan Ramadan merupakan detik yang dinantikan oleh seluruh umat Islam, tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di seluruh pelusuk dunia. Bulan yang penuh dengan keberkatan ini menjadi kesempatan bagi umat Islam untuk memperbaharui iman, meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ramadan adalah bulan yang mengubati kerinduan setiap orang Islam yang mengharapkan peluang untuk menyambut kedatangan bulan Barakah ini dengan hati yang terbuka dan penuh kegembiraan.

Ramadan: Bulan Keberkatan dan Keistimewaan

Bulan Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, tetapi ia juga merupakan bulan di mana pelbagai rahmat dan keberkatan dicurahkan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya. Dalam al-Quran, Allah menjanjikan pelbagai kelebihan bagi mereka yang menghayati dan melaksanakan ibadah dengan penuh keikhlasan. Salah satu keistimewaan terbesar bulan Ramadan adalah malam Lailatul Qadar, yang dijanjikan lebih baik daripada seribu bulan. Kelebihan ini tidak dapat ditemui dalam bulan-bulan lain, menjadikan Ramadan sebagai waktu yang sangat berharga bagi setiap Muslim.

Bulan Ramadan adalah bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam. Ia adalah waktu untuk merenung kembali, memperbaiki diri, dan meningkatkan amal ibadah. Dengan kedatangan Ramadan yang semakin hampir, marilah kita semua bersiap sedia menyambutnya dengan semangat dan tekad yang tinggi.

Semoga kita semua dapat merebut segala ganjaran yang dijanjikan Allah SWT dan memuliakan bulan ini dengan amalan yang baik. Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak kepada semua umat Islam.

Kewajipan dan Amalan Semasa Ramadan

Sempena kedatangan bulan Ramadan, umat Islam digalakkan untuk menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan semangat. Pelbagai amalan wajib dan sunat perlu dilaksanakan, termasuk solat terawih, berpuasa dari fajar hingga senja, serta melakukan amalan soleh lainnya. Dalam bulan ini, umat Islam diberikan peluang untuk memperbaiki diri, menambah amal ibadah, dan berbuat kebaikan kepada sesama manusia. Kesempatan ini juga dapat digunakan untuk mempereratkan silaturahmi dengan keluarga dan sahabat serta membantu golongan yang memerlukan.

Tarikh Permulaan Puasa Ramadan 2025

Bagi umat Islam di Malaysia, tarikh permulaan puasa Ramadan bagi tahun 2025 bersamaan dengan 1446 Hijrah telah ditetapkan. Berdasarkan Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam bagi tahun 1446/1447 Hijrah yang diterbit oleh oleh Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh awal Ramadan bagi tahun ini jatuh pada hari Ahad, 2 Mac 2025, bersamaan dengan 1 Ramadan 1446 Hijrah.

Namun, tarikh ini akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja setelah proses mencerap anak bulan Ramadan 1446 Hijrah dilakukan. Proses mencerap ini dijadualkan berlangsung di 29 lokasi di seluruh negeri pada lewat petang hari Jumaat, 28 Februari 2025 bersamaan 29 Syaaban 1446 Hijrah.

Proses Penetapan Tarikh Puasa

Penting untuk diingat bahawa kaedah penetapan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan kepada dua kaedah utama, iaitu Rukyah (melihat anak bulan) dan Hisab (perhitungan astronomi). Majlis Raja-Raja telah bersetuju untuk menggunakan kedua-dua kaedah ini bagi memastikan ketepatan dan keadilan dalam menentukan tarikh bermulanya puasa. Dengan adanya pengumuman rasmi dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, umat Islam dapat merancang dan mempersiapkan diri untuk menyambut bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan ini.

Ringkasan Laporan Dan Video Pengisytiharan Puasa Ramadan 2025

Seluruh umat Islam di Malaysia akan mula menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan bermula pada hari Ahad, 2 Mac 2025, demikian menurut Pengisytiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad telah memaklumkan bahawa tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 2 Mac 2025 (Masihi) bersamaan 1 Ramadan 1446 (Hijrah) menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Video Pengumuman Tarikh Mula Puasa Ramadan 2025

Tarikh Penting Dalam Islam 1446-1447H

Tarikh Penting Dalam Islam 2025 Masih 1446-1447 Hijrah
Tarikh Hijri
1446/1447
Tarikh Masihi
2025
Hari Perayaan
Kebesaran Islam
27 Rejab27 JanuariIsrak dan Mikraj
1 Ramadhan*2 MacAwal Ramadhan / Berpuasa
17 Ramadhan18 MacNuzul Al-Quran
1 Syawal*31 MacHari Raya Puasa / AidilFitri
1 Zulhijjah29 MeiAwal Zulhijjah
10 Zulhijjah*7 JunHari Raya Korban / Aidiladha
1 Muharam 144727 JunAwal Muharam / Maal Hijrah
12 Rabiulawal 14475 SeptemberMaulidur Rasul
Nota: Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kongsi Artikel Di: