Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat pengumuman rasmi berhubung dengan Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022 sekali gus membolehkan Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 akan diadakan dalam masa terdekat.
Keputusan Pembubaran Parlimen ke-14 sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri disifatkan tepat pada masanya bagi mendapatkan mandat baharu dari rakyat yang diberi kuasa untuk memilih kerajaan baru yang berupaya membawa kepada kestabilan politik negara.
Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 turut menyaksikan rakyat akan membuat keputusan pemilihan terbaik parti politik manakah yang layak menerajui kerajaan.
Iktibar dari PRU-14, rakyat kini bijak dalam membuat keputusan bagi memilih kerajaan berkualiti untuk menerajui negara.
Tindakan fikir sebelum undi adalah penting bagi memilih parti politik berkualiti dan berpotensi menerajui kerajaan untuk kestabilan politik negara selain tidak mengulangi episod pada PRU14 apabila memilih parti yang bukan sahaja gagal melaksanakan manifesto sepertimana dijanjikan malah gagal membawa kestabilan politik dan ekonomi negara.
Selepas Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022, tumpuan pasti terarah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan membuat penetapan tarikh-tarikh hari penamaan calon, dan hari mengundi serta proses-proses lain yang berkaitan.
Sebagai maklumat umum, dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran, pilihan raya mesti diadakan berdasarkan kepada Fasal (4) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan.
Berikut editor sertakan maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum 2022 yang merangkumi Hari Penamaan Calon, Tempoh Berkempen, Pengundian Awal dan Hari mengundi umum.
Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia (PRU15) | |
Perkara | Tarikh |
✅ Tarikh Pembubaran Parlimen Ke-14 | 10 Oktober 2022 |
✅ Hari Penamaan Calon | 5 November 2022 |
✅ Tempoh Berkempen | 5 ➟18 November 2022 (14 Hari) |
✅ Pengundian Awal | 15 November 2022 |
✅ Hari Mengundi (Umum) | 19 November 2022 |
Berikut adalah maklumat berhubung dengan proses-proses Pilihan Raya Umum Malaysia.
Ringkasan Proses Pilihan Raya | ||
Tindakan | Perkara | |
Perdana Menteri | Mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk bubarkan Parlimen. | |
Suruhanjaya Pilihan Raya | Mengeluarkan writ untuk pilihan raya dan notis tarikh penamaan calon serta hari pengundian | Kempen pilihan raya |
Hari pengundian | ||
Keputusan pilihan raya | ||
Kerajaan | Penubuhan kerajaan Persekutuan | |
Pengumuman kerajaan-kerajaan negeri | ||
Parlimen | Persidangan Parlimen | |
Persidangan Dewan Undangan Negeri |