Tarikh Hari Raya Puasa 2025: Pengumuman Pengisytiharan Aidilfitri

Keterangan Artikel: Tarikh Hari Raya Puasa 2025: Pengumuman Pengisytiharan Aidilfitri. Pengumuman Rasmi Tarikh Hari Raya Puasa Aidilfitri Oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Setiap tahun, umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menantikan satu detik yang sangat berharga, iaitu Hari Raya Aidilfitri. Hari yang penuh makna ini diraikan setelah sebulan menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan, di mana setiap individu berusaha menundukkan hawa nafsu dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT. Ramadan bukan sahaja bulan untuk berpuasa, tetapi juga bulan untuk memperbaiki diri, mendekatkan diri kepada Tuhan, dan mengukuhkan hubungan sosial dengan sesama manusia.

Hari Raya Aidilfitri: Kegembiraan di Bulan Syawal

Kedatangan bulan Syawal membawa bersama-sama kegembiraan dan kesyukuran. Umat Islam di seluruh dunia memanfaatkan kesempatan ini untuk menzahirkan rasa terima kasih atas pelbagai nikmat yang telah diberikan. Hari Raya Aidilfitri menjadi platform untuk merayakan kemenangan setelah menempuh pelbagai cabaran, baik dari segi fizikal mahupun mental, selama bulan Ramadan.

Selain itu, Aidilfitri juga merupakan waktu yang sesuai untuk mempereratkan hubungan kekeluargaan. Dalam Islam, menjaga hubungan silaturahim adalah sangat dituntut. Pada hari ini, amalan saling bermaaf-maafan menjadi satu tradisi yang mendalam maknanya. Memohon maaf kepada saudara mara dan rakan-rakan bukan sahaja memperbaiki hubungan yang mungkin telah renggang, tetapi juga merupakan satu cara untuk mencapai keampunan dari Allah SWT.

Mewujudkan Kebaikan Melalui Sambutan

Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja sekadar meraikan kemenangan, tetapi juga merupakan kesempatan untuk menanamkan nilai-nilai murni dalam masyarakat. Umat Islam digalakkan untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan, menyumbang kepada rumah kebajikan, dan menjalankan aktiviti-aktiviti sosial yang membawa manfaat kepada orang lain. Ini selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan kebajikan dan tolong-menolong.

Kehangatan sambutan Aidilfitri dapat dilihat melalui pelbagai aktiviti seperti rumah terbuka, kunjungan ke rumah sanak-saudara, dan majlis berbuka puasa yang diadakan sepanjang bulan Ramadan. Semua ini tidak hanya merayakan hari kemenangan, tetapi juga mengukuhkan ikatan sosial dan kebersamaan dalam masyarakat.

Pengumuman Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025

Bagi umat Islam di Malaysia, pengumuman tarikh Aidilfitri adalah sesuatu yang dinanti-nantikan. Berdasarkan maklumat terkini daripada Panel Pakar Falak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tarikh Hari Raya Puasa atau Aidilfitri bagi tahun 2025 dijadualkan jatuh pada hari Isnin, 31 Mac 2025, bersamaan dengan 1 Syawal 1446 Hijrah.

Namun, adalah penting untuk diingat bahawa tarikh tersebut akan dimuktamadkan melalui pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia setelah mencerap anak bulan Syawal yang diadakan pada lewat petang hari Ahad, 30 Mac 2025 bersamaan 29 Ramadan 1446 Hijrah. Proses ini melibatkan kaedah Rukyah dan Hisab, yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja. Oleh itu, umat Islam disarankan untuk sentiasa mengikuti berita terkini agar tidak terlepas informasi penting ini.

  • Tarikh Hari Raya Aidilfitri: 31 Mac 2025 Masih Bersamaan 1 Syawal 1446 Hijrah

Tarikh Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri yang dinyatakan adalah berdasarkan tarikh-tarikh penting dalam Islam sepertimana yang diterbitkan oleh Panel Pakar Falak JAKIM. Tarikh rasmi adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri, marilah kita sama-sama merenung kembali pengajaran yang telah kita peroleh sepanjang bulan Ramadan. Semoga kita dapat meneruskan amalan baik dan meningkatkan ketaqwaan serta kasih sayang kepada sesama manusia. Sambutan Hari Raya yang disertai dengan nilai-nilai murni akan memberi impak yang positif bukan sahaja kepada diri kita, tetapi juga kepada masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Laporan Dan Video Pengisytiharan Tarikh Hari Raya Aidilfitri 2025 Di Malaysia

Seluruh umat Islam di Malaysia akan meraikan Hari Raya Puasa (Aidilfitri) pada hari Isnin 31 Mac 2025, demikian menurut Pengisyiharan rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad.

Berdasarkan pengumuman ringkas yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad telah memaklumkan bahawa tarikh Hari Raya Aidilfitri bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025 (Masihi) bersamaan 1 Syawal 1446 (Hijrah) menurut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 Masihi (1446-1447 Hijriah)
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan
Kebesaran Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446 (*)2 Mac 2025Awal Ramadhan
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446 (*)31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446 (*)7 Jun 2025Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Kongsi Artikel Di: