Siaran Langsung Keputusan PRN Sabah 2020 Pilihanraya Negeri Sabah

Info PRN Sabah 2020 Pilihanraya Negeri Sabah Secara Siaran Langsung Merangkumi Keputusan Rasmi Pemenang Berdasarkan Maklumat SPR.
prn sabah keputusan

SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia telah menetapkan bahawa tarikh 26 September 2020 sebagai tarikh mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah. Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 diadakan ekoran Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang dilihat sebagai jalan terbaik bagi menyelesaikan ketidaktentuan hala tuju parti pimpinan dan kemelut politik yang melanda di negeri Sabah.

Oleh itu, keputusan pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 ini akan memberi gambaran dan petunjuk yang jelas mengenai sokongan sebenar rakyat terhadap siapakah pemimpin pilihan rakyat negeri Sabah itu sendiri.

Sebagai info, pada PRN Sabah 2020 kali ini menyaksikan sebanyak 73 kerusi dipertandingkan, iaitu penambahan 13 kerusi DUN berbanding dengan PRN Sabah pada tahun 2018 dan untuk memerintah negeri Sabah, gabungan parti komponen yang bertanding perlu meraih kemenangan dengan sekurang-kurangnya 37 kerusi DUN.

Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah 2020 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu 26 September 2020 dimana liputan secara langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia. Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri Sabah boleh mengetahui perkembangan PRN Sabah 2020 dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri Sabah, PRN Sabah 2020

Berikut merupakan perkara dan tarikh penting berhubung dengan pilihan raya negeri Sabah 2020.

PerkaraTarikh
Hari Penamaan Calon12 September 2020
Tempoh Berkempen12 – 25 September 2020
Pengundian Awal22 September 2020
Hari Mengundi (umum)26 September 2020

Barisan Nasional (BN) merupakan parti yang mendapat tumpuan pada PRN Sabah 2020 apabila bertanding sebanyak 31 kerusi daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah 2020.

Berikut adalah carta ringkasan keputusan rasmi SPR calon parti politik yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilihan Raya Negeri Sabah 2020 daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.

Kerusi DUNParti Menang
N01 BanggiWarisan
N02 BengkokaBN (UMNO)
N03 PitasIND
N04 Tanjong KaporWarisan
N05 MatunggongPBS
N06 BandauPN (BERSATU)
N07 TandekPBS
N08 PintasanPN (BERSATU)
N09 TempasukBN (UMNO)
N10 UsukanBN (UMNO)
N11 KadamaianUPKO
N12 SulamanPN (BERSATU)
N13 Pantai DalitBN (UMNO)
N14 TamparuliPBS
N15 KiuluPBS
N16 KarambunaiBN (UMNO)
N17 DarauWarisan
N18 InanamPKR
N19 LikasWarisan (DAP)
N20 Api-ApiPKR
N21 LuyangWarisan (DAP)
N22 Tanjung AruWarisan
N23 PetagasWarisan
N24 Tanjung KeramatBN (UMNO)
N25 KapayanWarisan (DAP)
N26 MoyogWarisan
N27 LimbahauWarisan
N28 KawangPN (BERSATU)
N29 Pantai ManisBN (UMNO)
N30 BongawanWarisan
N31 MembakutPN (BERSATU)
N32 KliasPN (BERSATU)
N33 Kuala PenyuPN (BERSATU)
N34 LumadanPBS
N35 SinduminWarisan
N36 KundasangPBS
N37 KaranaanPN (BERSATU)
N38 PaginatanPN (STAR)
N39 TambunanPN (STAR)
N40 BingkorPN (STAR)
N41 LiawanPN (STAR)
N42 MelalapWarisan
N43 KemabongIND
N44 TulidPN (STAR)
N45 SookPN (STAR)
N46 NabawanPN (BERSATU)
N47 TelupidPBS
N48 SugutBN (UMNO)
N49 LabukPN (BERSATU)
N50 Gum-GumWarisan
N51 Sungai ManilaBN (UMNO)
N52 Sungai SibugaBN (UMNO)
N53 SekongWarisan
N54 KaramuntingWarisan
N55 ElopuraWarisan (DAP)
N56 Tanjong PapatWarisan (DAP)
N57 KuamutIND
N58 LamagBN (UMNO)
N59 SukauBN (UMNO)
N60 TungkuWarisan
N61 SegamaWarisan
N62 SilamWarisan
N63 KunakWarisan
N64 SulabayanWarisan
N65 SenallangWarisan
N66 BugayaWarisan
N67 BalungBN (UMNO)
N68 ApasPN (BERSATU)
N69 Sri TanjongWarisan (DAP)
N70 KukusanWarisan
N71 Tanjong BatuBN (UMNO)
N72 MerotaiWarisan
N73 SabatikWarisan
Carta Jumlah Keseluruhan Kerusi Dimenangi Mengikut Gabungan Parti Politik PRN Sabah 2020
Warisan PlusGabungan Rakyat Sabah (GRS)Lain-Lain
32383
WARISAN (23)UMNO (14)IND (3)
DAP (6)BERSATU (11)USNO (0)
PKR (2)PBS (7)PKAN (0)
UPKO (1)STAR (6)LDP (0)
AMANAH (0)PBRS (0)PCS (0)
MCA (0)PGRS (0)
SAPP (0)PKS (0)
PHRS (0)
Nota: Untuk memerintah negeri Sabah, parti (gabungan) yang bertanding perlu meraih kemenangan dengan sekurang-kurangnya 37 kerusi DUN.

Kongsi Artikel