Sukan Olimpik merupakan temasya sukan berprestij menampilkan atlet-atlet terbaik dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan. Sukan Olimpik Paris 2024, menjanjikan persaingan sengit dengan menyaksikan Malaysia sebagai salah sebuah negara aktif dalam arena sukan antarabangsa mempunyai harapan tinggi untuk meraih pingat Emas, Perak atau Gangsa di pentas ini.
Pingat Sukan Olimpik 2024: Kejayaan Malaysia
Setiap kali Sukan Olimpik berlangsung, Malaysia mengharapkan untuk mencatatkan kejayaan. Sejarah menunjukkan bahawa Malaysia telah berjaya meraih beberapa pingat di Sukan Olimpik sebelum ini, terutamanya dalam sukan badminton.
Sukan Olimpik Paris 2024 adalah peluang keemasan bagi Malaysia untuk menonjol di pentas dunia. Dengan sejarah membanggakan dan harapan yang tinggi dan strategi terancang, kita percaya Malaysia mampu meraih kejayaan yang lebih besar.
Dengan berlangsungnya Sukan Olimpik Paris 2024, perhatian kini tertumpu pada kemampuan atlet Malaysia. Setiap sukan yang menjadi cabaran atlet Malaysia mempunyai peluang tersendiri untuk meraih pingat.
Harapan Untuk Sukan Olimpik 2024
Sukan Olimpik 2024 di Paris bukanlah sekadar suatu temasya sukan ia adalah simbol harapan, usaha, dan semangat perjuangan atlet Malaysia. Dengan persiapan yang matang dan sokongan yang padu dari semua lapisan masyarakat, Malaysia berpotensi untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Kita semua berharap agar atlet kita dapat mengharumkan nama negara di pentas dunia dan mencapai impian untuk menggenggam pingat yang diidamkan. Namun, tanpa mengira keputusan akhir nanti, perjalanan ke sana adalah satu proses yang membentuk karakter dan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap atlet.
Dengan semua persiapan yang telah dilakukan, harapan rakyat Malaysia terhadap Sukan Olimpik Paris 2024 adalah tinggi.
Pingat Emas Pertama dalam Sejarah
Selama berpuluh tahun, Malaysia telah berusaha untuk meraih pingat emas pertama dalam Sukan Olimpik. Dengan fokus dan persiapan yang berstrategik, ramai yang berharap 2024 bakal menjadi tahun bersejarah bagi negara.
Peningkatan Prestasi dalam Pelbagai Sukan
Selain badminton, diharapkan sukan-sukan lain seperti olahraga, terjun dan berbasikal dapat menyumbang kepada kutipan pingat. Program latihan yang inovatif dan pendedahan kepada pertandingan antarabangsa diharapkan mampu meningkatkan prestasi atlet.
Kebangkitan Sukan Baharu
Malaysia boleh menjangkakan lebih banyak kejayaan dalam sukan baharu yang mula mendapat perhatian. Mempromosikan dan melatih atlet dalam sukan-sukan ini memberikan harapan untuk mencipta kejayaan yang tidak diduga.
Sokongan Komuniti dan Rakyat Malaysia
Sokongan moral dan semangat dari rakyat Malaysia juga sangat penting. Melalui kempen sokongan bagi atlet, rakyat dapat bersatu padu, meningkatkan motivasi kepada atlet kita untuk berusaha lebih keras.
Negara Tuan Rumah Sukan Olimpik 2024
Temasya sukan terbesar dunia, sukan Olimpik edisi ke-33 di Paris, Perancis (Olympic Games Paris 2024) kini membuka tirai persaingan membabitkan atlet-atlet dari negara yang layak bertanding dengan satu matlamat utama iaitu mahu mengharumkan nama negara masing-masing menerusi arena sukan antarabangsa.
Paris, France merupakan bandar tuan rumah bagi sukan Olimpik musim panas edisi ke-33 yang membabitkan penyertaan sebanyak 206 buah negara serta seramai 10,714 atlet yang bertanding dalam 32 jenis sukan yang dipertandingkan.
Temasya sukan Olimpik Paris edisi ke-33 akan berlangsung bermula 26 Julai 2024 hingga 11 Ogos 2024.
Jumlah Atlet Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024
Seramai 26 atlet membawa cabaran Malaysia di temasya Olimpik Paris 2024 yang mewakili sepuluh jenis sukan iaitu Badminton, Berbasikal, Terjun, Memanah, Sukan Perahu Layar, Golf, Memanah, Menembak, Sukan Terjun Olahraga dan Renang.
Pencapaian Terbaik Atlet Malaysia
Sebagai rekod, pencapaian terbaik atlet Malaysia sepanjang tempoh penyertaan di sukan Olimpik adalah pada sukan Olimpik 2016 Rio Brazil apabila berjaya membawa pulang lima pingat iaitu 4 pingat perak ( 3 badminton, 1 terjun) dan 1 pingat gangsa menerusi sukan berbasikal.
Keputusan Pungutan Pingat Terkini Malaysia Sukan Olimpik Paris 2024
Berikut adalah maklumat berhubung dengan keputusan dan jumlah pungutan pingat Emas, Perak, Gangsa serta senarai penuh atlet Malaysia yang menyertai acara sukan masing-masing di sukan Olimpik, Paris Perancis 2024 dan siaran langsung atlet Malaysia.
Sukan | Atlet | Acara / Kategori |
---|---|---|
Memanah | Ariana Nur Dania Mohamad Zairi | Individu Wanita & Berpasukan |
Nurul Azreena Fazil | ||
Syaqiera Mashayikh | ||
Berbasikal | Mohd Azizulhasni Awang | Keirin & Pecut Lelaki |
Muhammad Shah Firdaus Sahrom | Keirin & Pecut Lelaki | |
Nurul Izzah Izzati Mohd Asri | Keirin & Pecut Wanita | |
Nur Aisyah Mohamad Zubir | Lumba Jalan Raya Wanita | |
Terjun | Bertrand Rhodict Lises | 10m Platform Individu Lelaki |
Nur Dhabitah Sabri | 3m Papan Anjal Individu Wanita | |
Pelayaran | Nur Shazrin Mohd Latif | ILCA 6 wanita |
Khairulnizam Afendy | ILCA 7 lelaki | |
Menembak | Johnathan Wong | 10m Air Pistol Lelaki |
Badminton | Lee Zii Jia | Perseorangan Lelaki |
Aaron Chia | Beregu Lelaki | |
Soh Wooi Yik | ||
Goh Jin Wei | Perseorangan Wanita | |
Pearly Tan | Beregu Wanita | |
Thinaah Muralitharan | ||
Chen Tang Jie | Beregu Campuran | |
Toh Ee Wei | ||
Angkat Berat | Aniq Kasdan | 61kg Lelaki |
Golf | Gavin Green | Individu Lelaki |
Ashley Lau | Individu Wanita | |
Olahraga | Muhd Azeem Fahmi | 100m Lelaki |
Renang | Khiew Hoe Yean | 400m Gaya Bebas Lelaki |
Tan Rou Xin | 100m Kuak Dada Wanita |
Sukan | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
---|---|---|---|---|
Badminton | 0 | 0 | 2 | 2 |
Berbasikal | 0 | 0 | 0 | 0 |
Memanah | 0 | 0 | 0 | 0 |
Terjun | 0 | 0 | 0 | 0 |
Menembak | 0 | 0 | 0 | 0 |
Pelayaran | 0 | 0 | 0 | 0 |
Angkat Berat | 0 | 0 | 0 | 0 |
Golf | 0 | 0 | 0 | 0 |
Renang | 0 | 0 | 0 | 0 |
Olahraga | 0 | 0 | 0 | 0 |
Jumlah | ||||
Jumlah Keseluruhan | 0 | 0 | 2 | 2 |
Ranking Pungutan Pingat | 78 |
Rank | Pingat Emas | Pingat Perak | Pingat Gangsa | Jumlah Pingat |
---|---|---|---|---|
78 | 0 | 0 | 2 | 2 |
Pungutan Pingat | |||
Medal | Atlet | Sukan | Acara |
---|---|---|---|
Aaron Chia Soh Wooi Yik | Badminton | Beregu Lelaki | |
Lee Zii Jia | Badminton | Perseorangan Lelaki |