Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengumumkan tarikh permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi pengambilan tahun 2025 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada calon-calon atau mana-mana pemohon yang berkenaan.
Sekolah Berasrama Penuh Menjadi Pilihan
Berikutan kejayaan objektif yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap penubuhan Sekolah Berasrama Penuh, ia menjadi pilihan kepada semua ibu bapa agar anak jagaan mereka mendapat pendidikan terbaik dan merasai suasana pembelajaran lebih selesa di sana.
Objektif Penubuhan SBP
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi Akademik, Jasmani dan Rohani.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berketerampilan, proaktif serta mempunyai disiplin yang tinggi.
Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK) akan membuka sistem permohonan secara dalam talian (online) Sekolah Berasrama Penuh bagi kemasukan murid-murid tingkatan 1 dan tingkatan 4 tahun pengambilan 2025.
Berikut merupakan penyataan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Permohonan SBP 2025 bagi kemasukan tingkatan 1 dan tingkatan 4 serta berkaitan dengan keputusan SBP.
Tarikh Permohonan SBP 2025 Dibuka
Dibuka | Ditutup |
---|---|
1 Ogos 2024 | 8 September 2024 |
Tarikh permohonan dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) sebagaimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). |
Panduan Ringkas Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
1. Sila layari laman sistem rasmi permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 dan Tingkatan 4, klik pada pautan (link) di bawah. |
Pautan Permohonan Tingkatan 1 |
Pautan Permohonan Tingkatan 4 |
Sistem Permohonan SBP bagi kemasukan tahun 2025 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa sepertimana ditetapkan. |
2. Ibubapa / Penjaga dan Pemohon boleh mendapatkan semua maklumat lanjut berhubung dengan Panduan Permohonan di dalam laman Sistem Permohonan SBP tersebut. |
Syarat Asas Permohonan SBP 2025 Tingkatan 1 Dan Tingkatan 4
1. Murid mestilah warganegara Malaysia. |
2. Merupakan murid Tahun 6 yang berdaftar dalam Modul Pengurusan Murid |
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK). |
4. Murid yang sihat tubuh badan. |
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum. |
1. Murid mestilah warganegara Malaysia. |
2. Merupakan murid tingkatan tiga dan telah didaftarkan dalam Modul Pengurusan Murid |
3. Hendaklah menduduki Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus KPM (PKSK). |
4. Murid yang sihat tubuh badan. |
5. Murid yang aktif dalam penglibatan kokurikulum. |