Permohonan IPG 2024 : Calon Guru PISMP Lulusan SPM

Panduan Dan Cara Buat Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Di Institut Pendidikan Guru (IPG) Serta Syarat Kelayakan.
graduan ipg pismp

Calon-calon lulusan SPM yang berminat terhadap profesion perguruan sebagai kerjaya boleh merealisasikan impian dan cita-cita masing-masing dengan membuat permohonan Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Permohonan PISMP 2024 Terbuka Kepada Calon Lulusan SPM

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru adalah terbuka kepada calon-calon lulusan SPM tahun 2023, 2022, dan 2021 yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2024.

Permohonan IPG PISMP 2024 Lulusan SPM

Berikut editor sertakan maklumat yang berkaitan dengan permohonan Program Calon Guru Tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia menerusi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru serta semakan keputusan tawaran PISMP IPG 2024.

Info Permohonan PISMP IPG 2024

Tarikh Permohonan PISMP IPG 2024
DibukaDitutup
14 Mac 202415 April 2024
Selepas jam 3:00 petang11:59 malam
Tarikh sistem permohonan PISMP IPG dibuka dan ditutup yang dinyatakan adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

iklan permohonan pismp 2024

Maklumat Lengkap

Bagi mendapatkan maklumat lengkap dan tepat berkenaan permohonan PISMP IPG, sila rujuk kepada iklan permohonan yang dikeluarkan.

Di dalamnya terkandung semua maklumat penting diperlukan oleh pemohon antaranya adalah;

  1. Maklumat Program Dan Perhatian
  2. Syarat Dan Kelayakan Asas
  3. Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan
  4. Cara Buat Permohonan
  5. Pelbagai Maklumat Lain Yang Diperlukan Oleh Pemohon

Sila klik pada judul pautan (link) lampiran di bawah.

Pautan
pautan keluar Maklumat Dan Panduan Permohonan PISMP IPG 2024

Panduan Ringkas Cara Buat Permohonan PISMP IPG 2024

  1. Sila layari Portal Rasmi Sistem Permohonan PISMP IPG 2024 di pautan https://pismp.moe.gov.my
  2. Pemohon perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna portal berkenaan.
  3. Setelah berjaya mendaftarkan diri sebagai pengguna, pemohon boleh log masuk sistem permohonan bagi melengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan katalaluan yang didaftarkan.
  4. Pemohon disarankan membaca setiap maklumat yang disediakan di dalam Portal Sistem Permohonan PISMP bagi memudahkan pemohon membuat permohonan.

Kongsi Artikel