Terengganu FC mengakhiri saingan peringkat kumpulan Piala AFC (AFC Cup) musim 2023 dengan menentang wakil Indonesia iaitu pasukan Bali United FC bagi perlawanan keenam (terakhir) kumpulan G yang dijadual berlangsung pada hari Rabu, 13 Disember 2023.
Terengganu FC memiliki peluang yang tipis untuk mara ke peringkat separuh Piala AFC. Bagaimanapun Terengganu harus memanfatkan perlawanan ini dengan mencipta kemenangan dengan jumlah jaringan gol yang besar selain mengharapkan pendahulu kumpulan, Central Coast Mariners FC seri atau tewas berdepan kelab Filipina, Stallion Laguna FC.
Sekiranya tuah menyebelahi, Terengganu sekali gus mengikut jejak langkah Sabah FC yang lebih awal berjaya mengesahkan slot separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC.
Atas kertas, Central Coast Mariners mempunyai peluang lebih cerah berbanding Terengganu untuk muncul selaku juara kumpulan G memandangkan mereka pasti memperoleh kemenangan ke atas Stallion Laguna yang setakat ini tidak memenangi sebarang perlawanan dan hanya mengutip satu mata untuk berada di kedudukan tercorot kumpulan.
Sekiranya Central Coast Mariners muncul Juara Kumpulan G, harapan terakhir Terengganu untuk ke separuh akhir adalah menerusi penentuan slot naib juara kumpulan terbaik yang mana berdasarkan format pertandingan, hanya tiga juara kumpulan dan satu naib juara kumpulan terbaik sahaja akan layak ke peringkat separuh akhir Zon ASEAN.
Pasukan Bali United FC pasti mahu memburu kemenangan pada aksi terakhir Kumpulan G. Ini lah cabaran getir yang perlu dilalui oleh Terengganu FC
Kejayaan menambah tiga mata berharga pastinya dapat menghidupkan peluang meskipun tipis untuk Bali United mara peringkat separuh akhir Zon ASEAN.
Pertembungan membabitkan Terengganu FC dan Bali United FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.
Saingan Piala AFC bagi perlawanan terakhir kumpulan G membabitkan pasukan Terengganu FC menentang Bali United FC telah dijadual berlangsung pada hari Rabu bertarikh 13 Disember 2023 bermula jam 8:00 malam bertempat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.
Aksi Terengganu FC vs Bali United FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGo seawal jam 7:30 malam bermula dengan siaran pra rancangan perlawanan.
Penyokong Terengganu FC boleh juga menonton secara live streaming di internet melayari laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).
Dalam pada itu, editor turut mengikuti sambil mengemaskini keputusan Terengganu vs Bali United bagi aksi terakhir kumpulan G saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia 2023 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.
Pautan Tontonan Online |
Siaran Langsung Terengganu Vs Bali United AFC Cup 2023 |
Keputusan Langsung Terengganu FC Vs Bali United FC AFC Cup 2023 | ||||
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||
Tuan Rumah | FT | Pelawat | ||
Terengganu FC | 2 | 0 | Bali United | |
Penjaring Gol | Penjaring Gol | |||
39′ Sony Nordé 89′ Sardor Kulmatov |