Info Siaran Langsung JDT Vs Buriram United 11 Mac 2025

Keterangan Artikel: Info Siaran Langsung JDT Vs Buriram United 11 Mac 2025. Info Live Streaming JDT Vs Buriram United ACLE 2024/25 Merangkumi Keputusan Tamat Masa Penuh Perlawanan.

Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di ambang mencipta sejarah baharu dalam arena bola sepak Asia apabila mereka berpeluang untuk melangkah ke pusingan suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).

Pencapaian terbaik mereka di pentas kejohanan tertinggi Asia sebelum ini adalah mara ke pusingan 16 terakhir pada tahun 2022, Harimau Selatan berhasrat untuk melangkah lebih jauh dalam saingan kali ini.

Keberanian JDT untuk menembusi suku akhir ACLE merupakan satu impian setelah mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut, skuad kendalian Hector Bidoglio kini bersedia untuk berdepan gergasi bola sepak Thailand, Buriram United dalam perlawanan pusingan 16 bagi aksi timbal balik. Pertarungan ini berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim yang pastinya akan menyaksikan kelebihan buat JDT selain menjadi pertembungan sengit antara dua pasukan yang mempunyai sejarah hebat di dalam liga masing-masing.

Jdt Vs Buriram United: Pencapaian dan Statistik

Melihat kepada prestasi JDT dalam peringkat liga ACLE bagi Zon Timur, mereka telah menamatkan saingan dengan baik di tangga ketiga, mengumpul 14 mata dari tujuh perlawanan. Statistik menunjukkan mereka merekodkan empat kemenangan, dua seri, dan hanya satu kekalahan, dengan satu perlawanan tidak dikira selepas Shandong Taishan menarik diri. Ini menunjukkan bahawa JDT berada dalam bentuk yang baik dan bersedia untuk menghadapi cabaran yang lebih besar di pusingan seterusnya.

Sebaliknya, Buriram United yang menamatkan saingan di kedudukan keenam, tidak boleh dipandang rendah. Mereka juga mempunyai pencapaian yang baik dengan tiga kemenangan, tiga seri, dan dua kekalahan dalam lapan perlawanan. Dengan mengumpul 12 mata, Buriram United pastinya akan berusaha keras untuk mengubah nasib mereka di peringkat ini.

JDT Dan Buriram United Sama Hebat

Kedua-dua pasukan telah bertemu pada aksi liga kumpulan dan pusingan 16 perlawanan pertama sebelum ini yang berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan di Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Buriram (Chang Arena). Namun, dengan kehadiran beberapa tonggak baharu dalam pasukan JDT, kekuatan mereka kini dilihat semakin mantap.

Pemerhati bola sepak tempatan turut memberikan pandangan mengenai potensi JDT dalam mengharungi cabaran ini yang percaya bahawa pasukan JDT mempunyai semua yang diperlukan untuk melangkah lebih jauh dalam kejohanan. Cita-cita JDT untuk mencipta sejarah bukan hanya untuk kelab itu sahaja, tetapi juga sebagai satu pencapaian yang membanggakan bagi bola sepak Malaysia.

Impian Memartabatkan Bola Sepak Malaysia

Impian JDT untuk mencipta sejarah adalah sesuatu yang sangat baik untuk bola sepak Malaysia kerana ia memartabatkan nama negara di persada antarabangsa, selain menekankan pentingnya pengalaman yang diperoleh JDT dari penyertaan mereka sebelum ini, yang pasti akan membantu mereka dalam menghadapi cabaran kali ini. Dengan pengetahuan tentang kelemahan yang pernah dihadapi, JDT kini tampil dengan lebih bersedia dan yakin.

Kesungguhan dan komitmen JDT untuk membina kejayaan dalam bola sepak Asia adalah sesuatu yang harus dipuji. Sekiranya mereka berjaya menewaskan Buriram United dalam aksi perlawanan penentuan ini, JDT bukan sahaja akan mencipta sejarah baharu untuk kelab, tetapi juga akan mengangkat martabat bola sepak Malaysia di mata dunia.

Info Live Streaming JDT Vs Buriram United ACLE 2025

Aksi membabitkan Johor Darul Ta’zim menentang Buriram United bagi aksi pusingan 16 pasukan perlawanan kedua (timbal balik) saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Selasa, 11 Mac 2025 jam 8:00 malam turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Sukan Astro Arena Bola (802) dan AstroGo seawal jam 9:30 malam bermula dengan siaran rancangan pratonton perlawanan.

Dalam pada itu, penyokong skuad Harimau Selatan dan peminat bola sepak tempatan boleh juga menyaksikan aksi perlawanan ini secara live streaming di internet melalui laman web penstriman rasmi Sooka (Astro).

Maklumat Siaran Langsung JDT Lwn Buriram United

  • Perlawanan Kedua (Timbal Balik) Peringkat 16 Pasukan ACLE : Johor Darul Ta’zim Vs Buriram United.
  • Tarikh: 11 Mac 2025 (Selasa)
  • Venue: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
  • Sepak Mula: 8:00 Malam.
  • Siaran Langsung: Astro Arena Bola (CH802) dan AstroGo.

Keputusan JDT Vs Buriram United

Dengan segala persiapan yang dilakukan dan semangat juang yang tinggi, Harimau Selatan kini bersedia untuk mencabar gergasi Asia. Kedua-dua perlawanan ini, pertama di Stadium Buriram dan pada hari ini di Stadium Sultan Ibrahim dijangka akan menjadi pertembungan yang penuh dengan debaran.

Kepada para penyokong, inilah masanya untuk memberi sokongan padu kepada JDT. Dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi, harapan untuk melihat JDT melangkah jauh ke suku akhir ACLE bukanlah satu mimpi yang mustahil. Mari bersama-sama menyokong pasukan kita dalam usaha mereka mencipta sejarah baru.

Sementara itu, kami turut mengemaskini keputusan JDT menentang Buriram United FC secara langsung (live score) hingga tamat aksi masa penuh perlawanan.

Keputusan
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT01Buriram United
Penjaring GolPenjaring Gol
Suphanat Mueanta 58′
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Aggregate
JDT01Buriram United

Kongsi Artikel Di: