Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, antara perkara utama menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia pastinya tertumpu kepada reka bentuk logo dan juga tema kerana ia merupakan satu simbol dan slogan yang penting dalam menggambarkan penyatuan rakyat Malaysia.
Logo Dan Tema Hari Kemerdekaan Simbol Penyatuan
Selain itu, logo dan tema Hari Kemerdekaan atau Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia merupakan satu simbol dan elemen yang berobjektif menyatukan rakyat Malaysia agar menghargai detik keamanan serta kebebasan yang dinikmati sekarang ini.
Selain Logo dan Tema, sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil peluang menghayati makna sebenar kemerdekaan kerana sebuah kemerdekaan itu bukan hanya sekadar retorik pengkisahan sejarah semata-mata.
Menghayati Erti Kemerdekaan
Sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 bagi tahun 2024 ini, kita seharusnya mengambil peluang dan ruang bersama-sama bagi menghayati erti sebenar kemerdekaan kerana ia akan menaikkan lagi semangat patriotisme cintakan tanah air dalam diri masing-masing.
Generasi muda pasti menganggap merdeka itu hanya bebas daripada cengkaman penjajahan dan menghayatinya dengan sekadar mendedikasikan ucapan kemerdekaan serta melaungkan slogan Merdeka! Merdeka! Merdeka!.
Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.
Hal ini dikatakan demikian kerana generasi muda berhadapan dengan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu, terutamanya pemikiran dan budaya asing menerusi pelbagai platform media sosial seiring dengan kepesatan teknologi internet masa kini.
Pelancaran Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2024
Logo dan tema hari kemerdekaan atau hari kebangsaan bagi tahun 2024 telah diperkenalkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.
Berdasarkan pemilihan reka bentuk Logo serta Tema Hari Kebangsaan Malaysia ke-67 bagi tahun 2024 yang diperkenalkan tersebut pasti mendapat pelbagai respon positif mahupun negatif dari warganet.
Logo dan Tema Hari Kemerdekaan terkini pasti berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia meskipun bakal menjadi satu isu yang akan dibangkitkan disebabkan oleh rasa ketidakpuasan hati sesetengah pihak mahupun individu terhadap logo berkenaan.
Tema Hari Kemerdekaan bakal menepati dengan situasi semasa Malaysia yang menunjukkan keperihatinan kerajaan sedia ada terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tema Dan Logo Hari Kemerdekaan Malaysia ke-67 yang akan disambut pada 31 Ogos 2024 akan diumumkan dan dirasmikan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital.
‘Malaysia MADANI – Jiwa Merdeka’ |
Manual Panduan Penggunaan Logo Dan Tema Hari Kebangsaan 2024 |
Akan Disertakan |
Tahun | Tema |
2023 | Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan |
2022 | Keluarga Malaysia, Teguh Bersama |
2021 | Malaysia Prihatin |
2020 | Malaysia Prihatin |
2019 | Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih |
2018 | Sayangi Malaysiaku |
2017 | Negaraku Sehati Sejiwa |
2016-2015 | Sehati Sejiwa |
2014 | Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta |
2013 | Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku |
2012 | 1Malaysia. Janji Ditepat |
2011 | Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera |
2010 | Malaysia Menjana Transformasi |
2009 | 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan |
2008 | Perpaduan Teras Kejayaan |
2007 | Malaysiaku Gemilang |
2006-2000 | Keranamu Malaysia |
1999 | Bersatu Ke Alaf Baru |
1998 | Negara Kita Tanggungjawab Kita |
1997 | Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya |
1996 | Budaya Penentu Kecapaian |
1995 | Jatidiri Penggerak Wawasan |
1994 | Nilai Murni Jayakan Wawasan |
1993 | Bersatu Menuju Wawasan |
1992 | Wawasan Asas Kejayaan |
1991 | Wawasan 2020 |
1990 | Berjaya |
1989-1988 | Bersatu |
1987 | Setia Bersatu Berusaha Maju |
1986 | Bangsa Tegas Negara Teguh |
1985 | Nasionalisme Teras Perpaduan |
1984 | Amanah Asas Kejayaan |
1983 | Bersama ke Arah Kemajuan |
1982 | Berdisiplin Giat Maju |
1981 | Berdisiplin Berharmoni |
1980 | Berdisiplin Berbakti |
1979 | Bersatu Berdisiplin |
1978 | Kebudayaan Seni Perpaduan |
1977 | 20 Tahun Bersatu Maju |
1976 | Ketahanan Rakyat |
1975 | Masyarakat Berdikari |
1974 | Sains dan Teknologi Alat Perpaduan |
1973 | Masyarakat Kebudayaan Malaysia |
1972 | Masyarakat Adil |
1971 | Masyarakat Progresif |
1970 | Muhibah dan Perpaduan |