Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 atau LIMA merupakan acara pameran aset pertahanan dan aeroangkasa yang diadakan di Pulau Langkawi, Malaysia.
LIMA Langkawi disertai dari pelbagai negara yang berobjektif mempromosikan teknologi terbaru dalam bidang pertahanan dan aeroangkasa masing-masing.
Apakah LIMA Langkawi
LIMA adalah singkatan kepada Langkawi International Maritime and Aerospace atau dalam bahasa melayu Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi.
LIMA diadakan dua kali setahun (dwi-tahunan). Ia berkaitan dengan pameran serta pertunjukan penerbangan komersil dan aset pertahanan udara dan maritim.
Pulau Langkawi dipilih sebagai lokasi acara ini karena memiliki kemudahan bersesuaian antaranya adalah sebuah pelabuhan yang boleh menampung pesawat dan kapal dari negara menyertai LIMA.
Pertunjukan Udara LIMA Langkawi
LIMA Langkawi lebih terkenal dengan pertunjukan udara membabitkan pesawat dan jet pejuang aerobatik serta pelbagai acara lainnya yang menarik untuk disaksikan oleh pengunjung.
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi mula diadakan pada tahun 1991 hasil cetusan ilham dan kreativiti dari Tun Dr Mahathir Mohamad yang memfokuskan kepada pameran maritim dan pesawat-pesawat ringan.
Seiring dengan perkembangan teknologi, LIMA kini menjadi platform terbaik kepada pengeluar dan industri yang berkaitan dalam bidang aeroangkasa serta maritim untuk mempromosikan teknologi terkini kepada dunia.
Objektif LIMA Langkawi
Objektif utama LIMA Langkawi adalah bagi mempromosikan industri pertahanan dan aeroangkasa di Asia Tenggara dan dunia. LIMA Langkawi juga memberikan kesempatan kepada perusahaan-perusahaan di bidang pertahanan maritim dan aeroangkasa untuk mempromosikan teknologi terbaru mereka selain dapat menjalin hubungan kerjasama dengan perusahaan dari negara-negara lain.
LIMA Langkawi 2024 bakal digegarkan dengan pertunjukan aerobatik dari negara yang menyertai selain membabitkan kira-kira 100 aset daripada industri aeroangkasa dan maritim.
Tarikh Dan Tema LIMA Langkawi 2025
Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25) dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei tahun depan dengan membawa tema ‘Innovate Today, Thrive Tomorrow’.
Berikut adalah lampiran yang berkaitan dengan Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).
Live Streaming LIMA Langkawi 2025
Peminat aeroangkasa pesawat dan jet pejuang aerobatik udara yang tidak berkesempatan mengunjungi Pulau Langkawi bagi menyaksikan secara dekat pameran udara dan maritim boleh menonton secara live streaming di internet menerusi video penstriman langsung yang disertakan dalam ruangan ini.