Tarikh Keputusan UPKK 2024-2025 Semakan Online Dan SMS

Keterangan Artikel: Tarikh Keputusan UPKK 2024-2025 Semakan Online Dan SMS. Panduan Semakan keputusan UPKK 2024 KAFA Serta Kemaskini Berhubung Dengan Tarikh Keputusan Dikeluarkan.

Di zaman yang semakin mencabar ini, pendidikan menjadi salah satu aspek penting dalam membentuk generasi yang berilmu dan berakhlak. Di Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memperkenalkan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) sebagai inisiatif untuk mengukur dan menilai penguasaan murid-murid dalam menghayati ajaran Islam, khususnya Al-Quran dan Fardu Ain. UPKK bukan sekadar ujian biasa, tetapi merupakan satu platform yang memberi penekanan kepada pendidikan agama Islam yang berkualiti.

Keputusan UPKK KAFA: Objektif dan Struktur

Objektif utama UPKK adalah untuk menilai kemahiran dan pengetahuan pelajar yang diperoleh sepanjang tahun pembelajaran di kelas KAFA. Ujian ini terdiri daripada beberapa bahagian yang meliputi pelbagai subjek penting, termasuk:

  1. Al-Quran: Menilai kemahiran membaca dan memahami isi kandungan Al-Quran.
  2. Akidah: Mengukur pemahaman pelajar terhadap asas-asas ajaran Islam.
  3. Sirah: Memperkenalkan sejarah dan perjalanan hidup Nabi Muhammad SAW serta para sahabat.
  4. Adab: Menekankan adab dan akhlak yang sepatutnya dimiliki oleh seorang Muslim.
  5. Jawi dan Khat: Mengasah kemahiran menulis dan membaca tulisan Jawi.
  6. Bahasa Arab: Memperkukuhkan penguasaan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan ilmu.
  7. Ibadah: Memastikan pelajar memahami dan melaksanakan ibadah dengan betul.
  8. Penghayatan Cara Hidup Islam: Menerapkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian.
  9. Amali Solat: Mengajar cara melaksanakan solat dengan betul dan sempurna.

Kelebihan Ujian Penilaian Kelas KAFA

UPKK mempunyai kelebihan yang tersendiri, terutamanya dalam pengiktirafan akademik. Ujian ini diakui oleh sekolah-sekolah di seluruh Malaysia sebagai dokumen sokongan bagi tujuan permohonan kemasukan ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Agama, terutama yang berada di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Ini menjadikan UPKK sebagai langkah penting dalam perjalanan pendidikan agama anak-anak kita.

Selain itu, bagi murid-murid yang telah menduduki peperiksaan Modul Penilaian Kelas KAFA (MPKAFA) pada tahun 2024, mereka akan dapat mengetahui keputusan mereka melalui kaedah yang mudah. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dijadualkan akan mengumumkan tarikh keputusan, yang akan dimaklumkan kepada semua pihak yang terlibat.

Rumusan Semakan Keputusan UPKK 2024

JAKIM telah menyediakan tiga kaedah bagi memudahkan murid-murid mendapatkan keputusan mereka:

  1. Semakan Dalam Talian (Online): Murid boleh mengakses laman web JAKIM untuk membuat semakan keputusan secara langsung.
  2. Sistem Pesanan Ringkas (SMS): Kaedah ini membolehkan murid menerima keputusan mereka melalui SMS, menjadikannya lebih mudah dan cepat.
  3. Melalui Sekolah: Mendapatkan Slip Keputusan penuh UPKK daripada pihak sekolah masing-masing.

Bagi memastikan setiap pelajar mendapat maklumat yang tepat dan terkini mengenai keputusan mereka, pihak JAKIM akan menyediakan ruangan pengemaskinian maklumat. Ini termasuk tarikh pengumuman keputusan serta kaedah semakan yang boleh digunakan.

Panduan Semakan Keputusan UPKK 2024

Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) bukan sahaja berfungsi sebagai penilaian akademik, tetapi juga sebagai medium untuk mendidik dan membentuk generasi muda yang memahami dan menghayati ajaran Islam. Dengan adanya program ini, diharapkan dapat melahirkan individu yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga mempunyai akhlak dan nilai-nilai murni yang tinggi. Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong inisiatif ini demi kebaikan dan masa depan pendidikan Islam di Malaysia.

Berikut editor sediakan ruangan pengemaskinian maklumat berhubung dengan keputusan yang merangkumi bila tarikh diumumkan serta kaedah untuk membuat semakan dan mendapatkan penyata Ujian Penilaian Kelas KAFA.

pengumuman keputusan upkk 2024

Tarikh Keputusan UPKK 2024 Diumumkan

  • Tarikh: 20 Mac 2025
  • Hari: Khamis
  • Masa: 12 Tengah Hari

Nota: Tarikh semakan keputusan yang dinyatakan adalah tepat (rasmi) berdasarkan kenyataan media yang diumumkan oleh JAKIM.

Cara Buat Semakan Secara Online

Semakan keputusan secara dalam talian (online) adalah dengan melayari Portal Rasmi Sistem Maklumat Pendidikan Islam (SIMPENI) JAKIM bagi tujuan Semakan Keputusan Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA.

Bagi calon-calon yang mahu mengetahui keputusan masing-masing dengan menggunakan cara semakan secara online, sila klik pada judul pautan (link) dibawah.

Nota: Sistem semakan keputusan secara dalam talian hanya akan dibuka (diaktifkan) pada tarikh yang akan diumumkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Cara Buat Semakan Secara SMS

Selain semakan online, calon-calon juga boleh mengetahui ringkasan keputusan masing-masing dengan menggunakan perkhidmatan sistem pesanan ringkas (sms) 15888 dan sila rujuk kepada salah satu format yang mana berkenaan seperti disertakan dibawah untuk tujuan penghantaran mesej.

  1. Taip: UPKK (jarak) NO MYKID (jarak) NO ANGKA GILIRAN seterusnya hantar SMS ke 15888
    Contoh: UPKK 080212020105 AP06706 hantar SMS ke 15888
  2. Taip: UPKK (jarak) NO PENGENALAN KHAS (jarak) NO ANGKA GILIRAN seterusnya hantar SMS ke 15888
    Contoh: UPKK 19A0606A02 AP06706 hantar SMS ke 15888

Mendapatkan Slip Keputusan Melalui Sekolah

Calon-calon mahupun, Ibu bapa atau Penjaga juga boleh mendapatkan Slip Keputusan penuh UPKK Tahun 2024 daripada pihak sekolah masing-masing bermula pada 21 Mac 2024 (Jumaat), jam 9.30 pagi.

Kongsi Artikel Di: