Keputusan PRN 2023 Undi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri

Perincian Keputusan PRN 2023 Undi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Merangkumi Jumlah Undi SPR PRN Seluruh Enam Negeri.
pilihan raya prn negeri

Pilihan Raya Negeri 2023 (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri yang terlibat iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan telah diadakan serentak pada tarikh hari mengundi umum iaitu 12 Ogos 2023 (Sabtu).

Pilihan Raya Negeri (PRN) memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem demokrasi Malaysia. Pilihanraya negeri memberi rakyat kuasa mutlak untuk memilih pemimpin terbaik bagi mewakili kepentingan mereka di peringkat negeri selain berpeluang menyuarakan pendapat serta memberi mandat kepada pemimpin pilihan bagi menjaga dan memperjuangkan kepentingan mereka.

Pilihan Raya Negeri juga membuka peluang kepada rakyat untuk melibatkan diri dalam proses politik negara dimana rakyat dapat menyertai parti politik, terlibat dalam kempen pilihan raya selain turut dapat memberi sumbangan kepada calon yang mereka sokong.

Faktor ini sekali gus dapat meningkatkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat dan memupuk kepentingan dalam isu-isu awam.

Pilihan raya negeri juga mempunyai cabaran dan isu-isu yang perlu diatasi. Salah satu cabaran antaranya adalah pengaruh wang dalam proses pilihan raya. Oleh itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan bahawa pilihan raya negeri adalah adil dan bebas dari pengaruh wang politik.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah menerima notis pembubaran rasmi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi enam negeri yang terbabit serta menetapkan tarikh 12 Ogos 2023 sebagai hari mengundi umum bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.

Pilihanraya Negeri 2023 telah ditetapkan berlangsung pada hari Sabtu bersamaan 12 Ogos 2023 dimana liputan secara siaran langsung atau live streaming akan dibuat oleh semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia.

Rakyat Malaysia terutamanya pengundi di negeri yang terlibat boleh mengetahui perkembangan keputusan PRN 2023 melalui laman ini dari semasa ke semasa.

Tarikh-Tarikh Penting Pilihanraya Negeri PRN 2023
Berikut merupakan butiran dan tarikh-tarikh penting berhubung dengan Pilihan Raya Negeri 2023.
ButiranTarikh
Hari Penamaan Calon29 Julai 2023
Tempoh Berkempen14 Hari
Pengundian Awal8 Ogos 2023
Hari Mengundi (umum)12 Ogos 2023
Statistik Rumusan Keputusan Rasmi Pilihan Raya Negeri PRN DUN 2023
NegeriJumlah Kerusi DUN Dimenangi
Jumlah Kerusi DUNPHPNMUDAPSMPRMPURPFPB
36Kedah333000000
45Kelantan243000000
32Terengganu032000000
40P.Pinang2911000000
56Selangor3422000000
36N.Sembilan315000000
nota Slide carta bagi mendapatkan paparan penuh
Senarai Nama Penuh Parti Bertanding
Bil.Parti Politik + Parti GabunganSingkatan
1Pakatan HarapanPH
iParti Keadilan RakyatPKR
iiParti Amanah NegaraAmanah
iiiParti Tindakan DemokratikDAP
ivBarisan NasionalBN
2Perikatan NasionalPN
iParti Pribumi Bersatu MalaysiaBersatu
iiParti Islam Se-MalaysiaPAS
iiiParti Gerakan Rakyat MalaysiaGerakan
3Ikatan Demokratik MalaysiaMUDA
4Parti Sosialis MalaysiaPSM
5Parti Rakyat MalaysiaPRM
6Parti Utama RakyatPUR
7Penang Front PartyPFP
8BEBASB

Kongsi Artikel