Keputusan PRU 15 Terkini Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum 2022

Perincian Keputusan PRU 15 Terkini Parlimen Dan DUN Pilihan Raya Umum 2022 Setiap Negeri Parlimen.
pilihan raya umum pru

Pilihan Raya Umum ke-15 (2022) disifatkan sebagai pilihan raya yang seimbang dalam sejarah pilihan raya di Malaysia.

Hal ini dikatakan demikian kerana pengundi perlu membuat keputusan serta pilihan terbaik dan bijak untuk membuang undi bagi memilih calon parti politik berkaliber yang berpotensi memberi perkhidmatan lebih sempurna untuk rakyat dan negara.

Calon-calon parti politik serta gabungan parti politik mempunyai peluang seimbang untuk memenangi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan dengan bergantung harap kepada pilihan pengundi sepenuhnya kerana pengundi sudah tahu kemampuan setiap parti politik yang bertanding menerusi calon-calonnya selepas PRU14 lalu dimana masing-masing telah diberi peluang oleh rakyat untuk menerajui pemerintahan negara.

Terdahulu, Datuk Seri Ismail Sabri telah membuat pengumuman rasmi berhubung dengan Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022 sekali gus memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 untuk diadakan.

Parti politik bersama pilihan gabungan parti politik mesti mencapai atau melepasi sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen ataupun lebih baik meraih sebanyak 148 kerusi kemenangan bagi mendapatkan majoriti dua pertiga untuk menubuhkan kerajaan dengan lebih kukuh selepas PRU-15 .

Selepas Pembubaran Parlimen yang berkuat kuasa pada 10 Oktober 2022, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh rasmi hari mengundi adalah pada 19 November 2022.

Berikut editor sertakan maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting Pilihan Raya Umum yang merangkumi Hari Penamaan Calon, Tempoh Berkempen, Pengundian Awal dan Hari mengundi (umum).

Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Umum Ke-15 Malaysia (PRU15)
PerkaraTarikh
Pembubaran Parlimen10 Oktober 2022
Hari Penamaan Calon5 November 2022
Tempoh Berkempen5 ➟18 November 2022 (14 Hari)
Pengundian Awal15 November 2022
Hari Mengundi (Umum)19 November 2022

Sebagai makluman, keputusan PRU15 editor akan mengemaskini dari semasa ke semasa sehingga Suruhanjaya Pilihan Raya memuktamadkan dengan keputusan rasmi.

Berikut adalah senarai parti politik dan gabungan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15.

Senarai Parti Politik Dan Gabungan Parti Politik Bertanding PRU15
PartiGabungan
Barisan NasionalBNUMNO, MIC, MCA, PBRS, PCM, MMSP, MIUP, PPM & KIMMA
Pakatan HarapanPHPKR , DAP, AMANAH, UPKO & MUDA
Perikatan NasionalPNBERSATU, PAS, GERAKAN, STAR & SAPP
Gerakan Tanah AirGTAPEJUANG, BERJASA, PUTRA & IMAN
Gabungan Parti SarawakGPSPBB, PRS, SUPP & PDP
Gabungan Rakyat SabahGRSPBBM, PBS, SAPP, STAR, USNO, KDM & PCS
Gabungan Bersatu SabahGBSPHRS & PPRS
Gagasan Rakyat SarawakPERKASAPBDS, PSB & PBK
Parti Sosialis MalaysiaPSM
Parti Sedar Rakyat SarawakSEDAR
WARISANWRS
BEBAS & Lain-LainB&LL

Berikut merupakan statistik rumusan keputusan rasmi PRU15 bagi kerusi parlimen dimenangi oleh parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 berdasarkan jumlah kerusi Parlimen di setiap negeri.

Statistik Rumusan Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 PRU15 (PARLIMEN)
Jumlah Kerusi ParlimenJumlah Kerusi Parlimen Dimenangi
NegeriBNPHPNGTAGPSGRSWRSB&LL
Perlis3003000
Kedah15011400
P.Pinang130103000
Perak243111000
Selangor22016600
K.Lumpur1111000
Putrajaya100100
Labuan100100
N.Sembilan8530000
Melaka60330
Johor269152000
Pahang1452700
Terengganu800800
Kelantan140014000
Sarawak310610231
Sabah257510633
Jumlah222308274023634
Petunjuk Akronim (Singkatan)
Nama Parti
Barisan NasionalBN
Pakatan HarapanPH
Perikatan NasionalPN
Gerakan Tanah AirGTA
Gabungan Parti SarawakGPS
Gabungan Rakyat SabahGRS
WARISANWRS
BEBAS & Lain-LainB&LL

Berikut merupakan statistik rumusan keputusan rasmi PRU15 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dimenangi oleh parti bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 mengikut jumlah kerusi DUN di setiap negeri.

Bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 hanya 117 kerusi Dewan Undangan Negeri sahaja dipertandingkan di empat negeri iaitu Perlis, Perak, Pahang dan satu kerusi DUN N66 Bugaya di Sabah.

Statistik Rumusan Keputusan Rasmi Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 PRU15 (DUN)
Jumlah Kerusi DUNJumlah Kerusi DUN Dimenangi
NegeriBNPHPNGTAWRSB&LL
Perlis150114000
Perak599242600
Pahang421781700
Sabah1000010
Jumlah117

Kongsi Artikel