STR 2025 : Kemaskini, Permohonan Baru Dan Semakan Keputusan

Info Permohonan Baru Dan Kemaskini Serta Semakan Keputusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Tahun 2025.
permohonan str

Golongan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kenaikan kos sara hidup dari semasa ke semasa terus dibantu.

Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Perdana Menteri ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus komited dalam usaha bagi meringankan bebanan Isi Rumah, Warga Emas dan Individu Bujang dari golongan berpendapatan rendah menerusi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menerusi kandungan Intipati Bajet baharu 2025, Kerajaan Perpaduan telah menambah baik pelaksanaan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah melalui Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebelum ini.

Pengumuman berkenaan sekali gus mengembirakan rakyat Malaysia berpendapatan rendah yang menghadapi tekanan kos sara hidup di masa kini.

Mengenai Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah skim bantuan bersasar sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Sara Hidup (BSH) dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang mula diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu sejak tahun 2012 di bawah Barisan Nasional (BN).

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fokus Kepada Golongan Paling Terkesan

Berdasarkan rujukan serta semakan editor terhadap Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah, Kerajaan Perpaduan telah memperluaskan dan memfokuskan kepada golongan berpendapatan rendah terutamanya golongan B40.

Perkara tersebut dirumuskan tepat kerana pada masa kini kita menyaksikan kenaikan harga barang, makanan, rumah, kesihatan, pengangkutan, utiliti, barangan penjagaan diri dan barang belian one-off serta pertumbuhan upah yang tidak menentu (tidak seiring kadar peningkatan gaji dan upah) di Malaysia.

Keadaan ini sekali gus meningkatkan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah secara lebih cepat dan beberapa kali ganda berbanding bagi golongan berpendapatan pertengahan dan tinggi.

Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025

Permohonan Pendaftaran Baharu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah adalah kepada Ketua Isi Rumah, Individu Bujang, Warga Emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan sebelum ini ataupun mereka tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.

Berikut adalah maklumat berkaitan Tarikh Permohonan Pendaftaran Baru, Kemaskini, Syarat Kelayakan, serta Kategori Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025.

Tarikh Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini STR 2025 Sumbangan Tunai Rahmah
OnlineDibukaDitutup
Mac 2025Mac 2025
Manual (Borang)DibukaDitutup
Mac 2025Mac 2025
Tarikh yang dinyatakan masih tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Syarat Kelayakan Asas Permohonan Pendaftaran Baru STR 2025 Isi Rumah, Bujang Dan Warga Emas

Perincian Kelayakan Menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
Pemohon layak menerima STR sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti di bawah.
Kategori Isi Rumah
a) Kahwin; atau
b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
Kategori Individu Bujang
a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
b) Had umur adalah 21-59 tahun / 19-59 tahun (OKU); dan
c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Pautan Lampiran PDF Syarat Kelayakan
link Syarat Kelayakan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Soalan Lazim

Pautan Lampiran PDF (FAQ) Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2025
link Soalan Lazim Sumbangan Tunai Rahmah

Pemohon Yang Perlu Membuat Permohonan Pendaftaran Baru STR 2025

  1. Ketua isi rumah, individu bujang, warga emas lelaki atau wanita yang belum pernah membuat sebarang permohonan BKM sebelum ini.
  2. Tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada.
  3. Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
  4. Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang / tiada pasangan / tiada anak yang menepati syarat kelayakan

Permohonan Baru STR 2025

Pautan Permohonan Pendaftaran Baru STR 2025 Secara Online
link https://bantuantunai.hasil.gov.my
Lampiran PDF Panduan Permohonan
link Panduan Pengguna Permohonan Baharu
Permohonan STR 2025 Secara Manual Guna Borang
Borang Permohonan Baru STR 2023 boleh didapati secara percuma
1. Portal Rasmi STR LHDNM
link Borang Permohonan
2. Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Nota
Sila gunakan salah satu kaedah permohonan yang disediakan sama ada secara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi maklumat pemohon.

Penerima Yang Perlu Membuat Kemaskini STR 2025

  1. Penerima sebelum ini perlu membuat pengemaskinian maklumat sekiranya terdapat perubahan maklumat semasa supaya tidak tercicir daripada menerima STR 2025.
  2. Tidak mengemaskini permohonan tiga tahun berturut-turut sepanjang pelaksanaan BSH 2020, BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2024.
  3. Terjadi kematian kepada pasangan penerima sedia ada ataupun berlaku penceraian.

Kemaskini Permohonan STR 2025

Pautan Kemaskini STR 2025 Secara Online
link https://bantuantunai.hasil.gov.my
Pautan Lampiran PDF Panduan Kemaskini
link Panduan Pengguna Kemaskini Permohonan
Kemaskini STR 2025 Secara Manual Guna Borang
Borang Kemaskini STR 2025 boleh didapati secara percuma
1. Portal Rasmi STR LHDNM
link Borang Kemaskini Permohonan
2. Cawangan LHDNM | Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM | Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
Nota
Sila gunakan salah satu kaedah kemaskini yang disediakan sama ada secara online ataupun manual (guna borang) bagi mengelakkan duplikasi maklumat pemohon.

Semakan Keputusan STR 2025 Sumbangan Tunai Rahmah

Pemohon serta Penerima yang telah membuat Permohonan Baru dan Kemaskini Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 dengan menggunakan kaedah secara online ataupun dengan menggunakan borang manual, boleh membuat semakan bagi mengetahui status kelulusan STR 2025.

Semakan Keputusan Permohonan Pendaftaran Baru Dan Kemaskini STR 2025

TarikhDibukaDitutup

Kongsi Artikel