Perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2026 edisi ke-23 dan Piala Asia 2027 edisi ke-19 membabitkan pasukan Malaysia dan negara-negara Benua Asia yang juga merupakan ahli Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) kini bermula.
Saingan Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026
Malaysia memulakan saingan kelayakan Piala Dunia 2026 di peringkat pusingan kedua dengan menyaksikan Malaysia telah diundi berada dalam kumpulan D bersama dengan pasukan Oman, Kyrgyzstan dan Chinese Taipei (Taiwan).
Ringkasan Format Kelayakan Bola Sepak Piala Dunia
Kelayakan Piala Dunia 2026 zon Asia membabitkan empat peringkat pusingan kelayakan.
Setiap pasukan akan bersaing bagi merebut tempat kelayakan di peringkat seterusnya sehingga berjaya mendapat tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2026 yang diadakan di tiga buah negara tuan rumah bersama iaitu Canada, Mexico dan United States (USA).
- Peringkat pusingan kedua membabitkan 36 pasukan keseluruhannya termasuk dengan pasukan yang berjaya mara dari pusingan pertama.
- Sebanyak 36 pasukan telah dibahagikan kepada 9 kumpulan. Setiap kumpulan dihuni oleh empat pasukan dimana perlawanan diadakan di tempat sendiri dan di tempat lawan.
- Juara dan Naib Juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 serta layak secara automatik ke Piala Asia AFC 2027.
- Dua pasukan yang berada kedudukan Ketiga dan Keempat setiap kumpulan tersingkir dari kelayakan Piala Dunia selain perlu mengharungi aksi kelayakan ke Piala Asia 2027 bermula pada peringkat pusingan ke-3.
Misi Malaysia Layak Ke Piala Dunia
Meskipun misi untuk layak ke Piala Dunia dalam tempoh terdekat dirumuskan sebagai misi mustahil namun sekurang-kurangnya Malaysia sudah semakin hampir untuk ke Piala Dunia.
Sebagai rekod, bermula penganjuran Piala Dunia sejak tahun 1930, Malaysia belum pernah lagi berjaya layak ke Piala Dunia. Pencapaian terbaik Malaysia adalah hanya di peringkat pusingan kedua kempen kelayakan.
Keputusan Kedudukan Carta Malaysia Kelayakan Piala Dunia 2026
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan semua maklumat kelayakan membabitkan pasukan Malaysia merangkumi keputusan rasmi serta kedudukan carta dan jadual terkini bola sepak kelayakan Piala Dunia 2026 yang dikemaskini pada tarikh atau hari perlawanan dijadual berlangsung.
Berikut adalah senarai empat kumpulan yang menghuni kumpulan D bagi saingan kelayakan Piala Dunia 2026. Sebagai info, editor hanya memfokuskan pasukan Malaysia sahaja dan pasukan lain yang berada dalam kumpulan D.
GD | Pasukan |
---|---|
Malaysia | |
Oman | |
Kyrgyzstan | |
Chinese Taipei |
Jadual Dan Keputusan
Berikut merupakan pernyataan maklumat secara eksklusif berhubung dengan jadual, kedudukan carta dan keputusan Malaysia kelayakan piala dunia 2026 dalam saingan kumpulan D.
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
16 November 2023 – Khamis | |||||
9:00PM | Malaysia | 4 | 3 | Kyrgyzstan | |
11:00PM | Oman | 3 | 0 | C. Taipei | |
21 November 2023 – Selasa | |||||
7:00PM | C. Taipei | 0 | 1 | Malaysia | |
10:00PM | Kyrgyzstan | 1 | 0 | Oman | |
21 Mac 2024 – Khamis | |||||
7:00PM | C. Taipei | 0 | 2 | Kyrgyzstan | |
22 Mac 2024 – Jumaat | |||||
2:00AM | Oman | 2 | 0 | Malaysia | |
26 Mac 2024 – Selasa | |||||
10:00PM | Kyrgyzstan | 5 | 1 | C. Taipei | |
10:00PM | Malaysia | 0 | 2 | Oman | |
6 Jun 2024 – Khamis | |||||
7:00PM | C. Taipei | 0 | 3 | Oman | |
11:00PM | Kyrgyzstan | 1 | 1 | Malaysia | |
11 Jun 2024 – Selasa | |||||
9:00PM | Malaysia | 3 | 1 | C. Taipei | |
11:59PM | Oman | 1 | 1 | Kyrgyzstan |
No | GD | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Oman | 6 | 4 | 1 | 1 | 11 | 2 | +9 | 13 | |
2 | Kyrgyzstan | 6 | 3 | 2 | 1 | 13 | 7 | +6 | 11 | |
3 | Malaysia | 6 | 3 | 1 | 2 | 9 | 9 | +0 | 10 | |
4 | Chinese Taipei | 6 | 0 | 0 | 6 | 2 | 17 | -15 | 0 |
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
Mara Ke Pusingan 3 | Tersingkir |