Keterangan Artikel: Kalendar 2025 Malaysia: Senarai Cuti Umum, Negeri Terkini Besertakan Dengan Perincian Cuti Mengikut Bulan Dan Lampiran Grafik Reka Bentuk Kalender Kuda.
Menghadapi tahun 2025, rakyat Malaysia pasti sudah mula merancang pelbagai aktiviti percutian yang bermanfaat dan menyeronokkan. Dengan pelbagai hari cuti umum dan cuti negeri yang ditetapkan, merancang percutian menjadi lebih mudah dan teratur. Menerusi artikel ini, kami akan memberikan maklumat lengkap mengenai kalendar cuti sambutan dan cuti perayaan bagi tahun 2025, bersama dengan perincian yang diperlukan untuk membantu anda merancang aktiviti percutian anda.
Kalendar Cuti 2025
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya pelbagai kaum dan tradisi. Salah satu aspek menarik tentang Malaysia adalah jumlah cuti yang terdapat setiap tahun. Tahun 2025 tidak terkecuali, di mana rakyat Malaysia akan menikmati pelbagai hari cuti yang membolehkan mereka menjalani percutian dengan lebih fleksibel. Dalam kalendar 2025, terdapat gabungan cuti umum yang diiktiraf di peringkat nasional serta cuti negeri yang ditetapkan oleh setiap negeri.
Cuti Umum Dan Cuti Negeri
Kalendar cuti 2025 akan merangkumi Hari Kelepasan AM Persekutuan yang merupakan cuti umum, serta Hari Kelepasan AM untuk setiap negeri yang berbeza. Ini bermakna, selain cuti umum seperti Hari Raya, Tahun Baru, dan Hari Kebangsaan, setiap negeri juga mempunyai cuti tertentu yang diraikan oleh penduduk setempat. Sebagai contoh, negeri seperti Johor mungkin mempunyai cuti yang berbeza berbanding dengan Selangor.
Grafik Kalender: Cuti Umum Dan Cuti Negeri Mengikut Bulan
Untuk memudahkan anda dalam merujuk dan menganalisis cuti yang berkaitan, lampiran grafik kalendar 2025 disediakan. Kalendar ini akan menunjukkan dengan jelas tarikh-tarikh penting untuk cuti umum dan cuti negeri, serta cuti sekolah, membolehkan anda merancang perjalanan atau aktiviti dengan lebih baik. Dengan adanya visualisasi ini, anda dapat dengan mudah menandakan cuti-cuti penting yang ingin diambil untuk merancang percutian ke destinasi pilihan.
Januari

Perincian Cuti Bulan JanuariTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
1 Jan | Rabu | Tahun Baru 2025 | Semua negeri. KECUALI Johor, Kedah, Kelantan, Perlis, Terengganu |
14 Jan | Selasa | Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan | Negeri Sembilan |
27 Jan | Isnin | Israk Dan Mikraj | Kedah, Negeri Sembilan, Perlis, Terengganu |
29 Jan | Rabu | Tahun Baru Cina | Semua Negeri |
30 Jan | Khamis | Tahun Baru Cina (Hari Kedua) | Semua Negeri |
Februari

Perincian Cuti Bulan FebruariTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
1 Feb | Sabtu | Hari Wilayah Persekutuan | WP.Kuala Lumpur, WP.Labuan, WP.Putrajaya |
11 Feb | Selasa | Hari Thaipusam | WP.Kuala Lumpur, WP.Putrajaya, Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor |
20 Feb | Khamis | Hari Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan | Melaka |
Mac

Perincian Cuti Bulan MacTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
2 Mac | Ahad | Awal Ramadan | Johor, Kedah, Melaka |
4 Mac | Selasa | Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu | Terengganu |
18 Mac | Selasa | Hari Nuzul Al-Quran | Semua Negeri. KECUALI Johor, Kedah, Melaka, N. Sembilan, Sabah, Sarawak |
23 Mac | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Johor | Johor |
31 Mac | Isnin | Hari Raya Aidilfitri | Semua Negeri |
April

Perincian Cuti Bulan AprilTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
1 April | Selasa | Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua) | Semua Negeri |
18 April | Jumaat | Good Friday | Sabah, Sarawak |
26 April | Sabtu | Hari Keputeraan Sultan Terengganu | Terengganu |
Mei
Perincian Cuti Bulan MeiTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
1 Mei | Khamis | Hari Pekerja | Semua Negeri |
12 Mei | Isnin | Hari Wesak | Semua Negeri |
17 Mei | Sabtu | Hari Ulang Tahun Keputeraan Raja Perlis | Perlis |
22 Mei | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar | Pahang |
30 Mei | Jumaat | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) | Sabah, WP.Labuan |
31 Mei | Sabtu | Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Hari Kedua | Sabah, WP.Labuan |
Jun

Perincian Cuti Bulan JunTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
1 Jun | Ahad | Perayaan Hari Gawai Dayak | Sarawak |
2 Jun | Isnin | Perayaan Hari Gawai Dayak (Hari Kedua) | Sarawak |
2 Jun | Isnin | Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong | Semua Negeri |
6 Jun | Jumaat | Hari Arafah | Kelantan, Terengganu |
7 Jun | Sabtu | Hari Raya Korban (Haji) (Aidiladha) | Semua Negeri |
8 Jun | Ahad | Hari Raya Korban (Haji) (Aidiladha) | Semua Negeri |
22 Jun | Ahad | Hari Keputeraan Sultan Kedah | Kedah |
27 Jun | Jumaat | Awal Muharram (Maal Hijrah) | Semua Negeri |
Julai

Perincian Cuti Bulan JulaiTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
7 Julai | Isnin | Hari Ulang Tahun Pengisytiharan Tapak Warisan Dunia | Pulau Pinang (Penang) |
12 Julai | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang | Pulau Pinang (Penang) |
22 Julai | Selasa | Hari Kemerdekaan Sarawak | Sarawak |
30 Julai | Rabu | Hari Keputeraan Sultan Pahang | Pahang |
31 Julai | Khamis | Hari Hol Almarhum Sultan Iskandar | Johor |
Ogos

Perincian Cuti Bulan OgosTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
24 Ogos | Ahad | Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka | Melaka |
31 Ogos | Ahad | Hari Kebangsaan (Kemerdekaan) | Semua Negeri |
September

Perincian Cuti Bulan SeptemberTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
5 Sept | Jumaat | Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul) | Semua negeri |
16 Sept | Selasa | Hari Malaysia | Semua Negeri |
29 Sept | Isnin | Hari Keputeraan Sultan Kelantan | Kelantan |
30 Sept | Selasa | Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua) | Kelantan |
Oktober

Perincian Cuti Bulan OktoberTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
4 Okt | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sabah | Sabah |
11 Okt | Sabtu | Hari Jadi Yang Di-Pertua Negeri Sarawak | Sarawak |
20 Okt | Isnin | Hari Deepavali | Semua Negeri. KECUALI Sarawak |
November

Perincian Cuti Bulan NovemberTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
7 Nov | Jumaat | Hari Keputeraan Sultan Perak | Perak |
Disember

Perincian Cuti Bulan DisemberTarikh | Hari | Cuti | Negeri Bercuti |
---|
11 Dec | Khamis | Hari Keputeraan Sultan Selangor | Selangor |
24 Dec | Rabu | Christmas Eve | Sabah |
25 Dec | Khamis | Hari Krismas | Semua Negeri |
Senarai Cuti Panjang Tahun 2025
Berikut adalah lampiran grafik yang memaparkan analisis tarikh cuti panjang mengikut bulan bagi tahun 2025.
