Kalendar Islam 2025 Takwim Bulan Hijrah 1446-1447 Malaysia

Keterangan Artikel: Kalendar Islam 2025 Takwim Bulan Hijrah 1446-1447 Malaysia. Perincian Takwim Hijrah Serta Senarai Tarikh Penting Bulan Islam Dan Lampiran PDF Kalendar Hijrah.

Kalendar Islam bagi tahun 1446-1447 Hijrah, bersamaan dengan tahun 2025 Masihi, merupakan dokumen penting yang perlu dimiliki oleh setiap umat Islam, terutamanya di Malaysia. Kalendar ini bukan sekadar penunjuk waktu, tetapi juga mengandungi tarikh-tarikh penting yang berkait rapat dengan amalan dan ibadat umat Islam. Oleh itu, pemahaman yang mendalam mengenai kalendar ini dapat membantu umat Islam merancang dan melaksanakan pelbagai urusan dalam kehidupan seharian mereka.

Perbezaan antara Kalendar Hijrah dan Kalendar Masihi

Salah satu aspek menarik mengenai Kalendar Islam adalah ia berbeza dengan Kalendar Masihi. Kalendar Hijrah atau takwim al-Qamari adalah sistem penanggalan yang berasaskan peredaran bulan mengelilingi bumi. Sementara Kalendar Masihi adalah berasaskan peredaran matahari. Kalendar Hijrah bermula dari peristiwa bersejarah Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi, yang menandakan permulaan era baru dalam sejarah Islam.

Takwim Hijrah terdiri daripada 12 bulan, setiap satu bulan mempunyai bilangan hari yang berbeza, bergantung kepada fasa bulan. Ini menyebabkan tahun dalam kalendar Hijrah lebih pendek berbanding tahun dalam kalendar Masihi, dengan perbezaan hampir 11 hari. Oleh itu, tarikh-tarikh penting dalam kalendar Hijrah akan berputar dan tidak tetap pada tarikh yang sama setiap tahun dalam kalendar Masihi.

Takwim Hijrah terdapat bilangan bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan seperti berikut.

Senarai Penuh 12 Bulan Islam
BulanBulan
1. Muharram7. Rejab
2. Safar8. Syaaban
3. Rabiulawal9. Ramadhan
4. Rabiulakhir10. Syawal
5. Jamadilawal11. Zulkaedah
6. Jamadilakhir12. Zulhijjah

Peranan Kalendar Hijrah dalam Kehidupan Umat Islam

Kalendar Hijrah memainkan peranan yang sangat penting dalam pengurusan kehidupan umat Islam. Selain menjadi panduan untuk mengatur waktu ibadat seperti solat, puasa, dan haji, kalendar ini juga membantu dalam merancang aktiviti sosial dan budaya. Misalnya, bulan Ramadan sebagai bulan puasa dan bulan Syawal yang merupakan bulan perayaan Aidilfitri adalah antara tarikh penting yang sering dinanti-nantikan oleh umat Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia, Panel Pakar Falak (PPF) di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertanggungjawab untuk menerbitkan takwim hijrah setiap tahun. Takwim ini bukan sahaja mengandungi tarikh-tarikh penting dalam Islam, tetapi juga menyediakan maklumat berkaitan dengan waktu solat, bulan-bulan haram, dan hari-hari kebesaran Islam. Ini menjadikan takwim hijrah sebagai rujukan yang sangat berguna bagi umat Islam di Malaysia.

Takwim Kalendar Islam 2025 Bulan Hijrah 1446/1447

Kalendar Islam 1446-1447 Hijrah adalah lebih daripada sekadar penunjuk waktu. Ia adalah panduan yang membantu umat Islam menjalani kehidupan seharian dengan lebih teratur dan penuh makna. Dengan mengetahui tarikh-tarikh penting dalam kalendar ini, umat Islam dapat melaksanakan ibadat dan aktiviti sosial dengan lebih baik. Oleh itu, adalah amat penting untuk umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia untuk menjadikan kalendar ini sebagai rujukan utama dalam kehidupan mereka.

Sila Dapatkan: Lampiran PDF Kalendar Islam 1446-1447 Hijrah

Takwim Islam Terbitan JAKIM

Setiap tahun Panel Pakar Falak (PPF) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menerbitkan takwim hijrah dan tarikh-tarikh penting dalam Islam sebagai panduan seluruh umat Islam di Malaysia.

Berikut editor sertakan lampiran kalendar Islam bulan Hijrah 1445-1446 bersamaan tahun 2024 Masihi serta perincian maklumat berhubung dengan tarikh-tarikh penting dalam Islam bagi Malaysia.

Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam Tahun 2025 Masihi (1446-1447 Hijriah)
Tarikh HijriTarikh MiladiHari Perayaan
Kebesaran Islam
27 Rejab 144627 Januari 2025Israk dan Mikraj
1 Ramadan 1446 (*)2 Mac 2025Awal Ramadhan
17 Ramadan 144618 Mac 2025Nuzul Al-Quran
1 Syawal 1446 (*)31 Mac 2025Hari Raya Aidilfitri
1 Zulhijjah 144629 Mei 2025Awal Zulhijjah
10 Zulhijjah 1446 (*)7 Jun 2025Hari Raya Aidiladha
1 Muharam 144727 Jun 2025Awal Muharam
12 Rabiulawal 14475 September 2025Maulidur Rasul
Tarikh bertanda (*) akan diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

tarikh penting islam 2025

Kongsi Artikel Di: