Keputusan Siaran Langsung JDT Lwn Malaysian University FC 2024

Info Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT Vs Malaysia University FC 2024 Saingan Piala FA Suku Akhir 1 Merangkumi Keputusan Masa Penuh Perlawanan.
live streaming jdt vs malaysian university

Pasukan bola sepak Malaysian University F.T bertemu skuad Harimau Selatan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perhitungan aksi Piala FA 2024 bagi perlawanan peringkat suku akhir pertama yang dijadual berlangsung pada hari Sabtu, 29 Jun 2024.

Cabaran Malaysian University FC Lwn JDT

Perlawanan ini merupakan pertemuan pertama kali buat kedua-dua pasukan dalam kancah Liga Malaysia dan pastinya ia merupakan cabaran getir kepada pengendali Malaysia Universiti bagi memastikan pasukan kendaliannya dapat menyaingi kehebatan JDT yang kini berada dalam prestasi terbaik serta konsisten.

Selain cabaran, pertembungan ini juga merupakan peluang Malaysian University FC untuk membuktikan bahawa mereka mampu mencipta kejutan sepertimana yang telah dilakukan ketika menewaskan pasukan PDRM FC dengan jaringan 3-0 pada aksi pusingan pertama tempoh hari.

Rekod Tanpa JDT Kalah Dan Tumpuan Penyokong

JDT pasti mahu mengekalkan rekod tanpa kalah dengan meraih kemenangan pada perlawanan ni.

Penyokong JDT dan Malaysian University FC sudah tentu memberi tumpuan terhadap strategi dan taktikal yang akan diterapkan oleh jurulatih selain mengharapkan kesebelasan pemain yang diturunkan dapat mempamerkan aksi terbaik bagi mencapai objektif kemenangan.

Aksi membabitkan Johor Darul Ta’zim dan Malaysian University FC pasti menarik minat penyokong setia kedua-dua pasukan kerana mereka turun beraksi dengan membawa misi yang mahu direalisasikan.

Live Streaming JDT Vs Malaysian University Piala FA 2024

Saingan Piala FA bagi perlawanan peringkat suku akhir pertama membabitkan pasukan Malaysian University F.T menentang Johor Darul Ta’zim telah dijadual berlangsung pada hari Sabtu bertarikh 29 Jun 2024 bertempat di Stadium Sultan Ibrahim bermula jam 5.30 petang.

Aksi JDT vs Malaysian University FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran Astro Arena Bola 2 (804) serta AstroGo seawal jam 4:30 petang bermula dengan siaran pra perlawanan.

Penyokong kedua-dua pasukan boleh juga menonton secara live streaming di internet dengan melayari laman sesawang penstriman rasmi Sooka (Astro).

Keputusan JDT Lwn Malaysian University F.T Piala FA 2024 Suku Akhir 1

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT melawan Malaysian University FC bagi aksi Piala FA 2024 perlawanan peringkat suku akhir pertama secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Malaysian University FT Vs Johor Darul Ta’zim Piala FA 2024 Suku Akhir 1 (5:30PM
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
M.University malaysia university ft logo05jdt fc logo JDT
Penjaring GolPenjaring Gol
Corbin-Ong 2′
F.Geraldes 61′,48′
Shahrul Saad 71′
Romel Morales 80′
Stadium Sultan Ibrahim
Pautan (Link) Tontonan Online
pautan keluar Live Streaming JDT Vs Malaysian University FC Piala FA 2024

Kongsi Artikel