Keputusan Siaran Langsung Live JDT Vs Kedah 2024

Info Siaran Langsung Dan Live Streaming JDT Vs Kedah 2024 Saingan Liga Super Merangkumi Keputusan Tamat Masa Penuh Perlawanan.
live streaming jdt vs kedah

Saingan Liga Super, pasukan Johor Darul Ta’zim akan bertemu dengan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada hari Jumaat, 9 Ogos 2024. Pertembungan bermula jam 8:15 malam ini dijangka akan menjadi satu perlawanan kelapan yang sangat sengit dan menarik untuk disaksikan oleh penyokong masing-masing.

JDT Vs Kedah Misi Kemenangan

JDT merupakan pasukan bola sepak terkemuka di Malaysia, mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan domestik. Mereka mempunyai ramai barisan pemain yang berbakat dan berpengalaman. Di sisi lain, Kedah juga merupakan pasukan yang tidak boleh diabaikan. Mereka mempunyai pemain-pemain yang berpotensi selain merupakan salah satu pasukan pencabar terdekat JDT dan mereka pasti akan memberikan saingan yang sengit kepada JDT dalam perlawanan ini.

Perlawanan antara JDT dan Kedah dijangka akan menjadi pertarungan yang sengit dengan misi kemenangan tiga mata berharga yang akan mengukuhkan serta memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta liga super 2024.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan sengit antara JDT dan Kedah dalam perlawanan kelapan saingan Liga Super. Pasti akan menjadi satu perlawanan yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat bola sepak tempatan. Sama-sama kita nantikan saingan hebat antara dua pasukan utama ini.

Kedah Mampu Mencipta Kejutan

Meskipun kelebihan semasa lebih memihak kepada JDT, Namun perlawanan ini merupakan peluang Kedah bagi membuktikan mereka mampu mencipta kejutan ataupun sekurang-kurangnya dapat membataskan keghairahan JDT dalam memburu kemenangan di hadapan penyokong sendiri.

Live Streaming JDT Vs Kedah Liga Super 2024

Aksi saingan Liga Super 2024 bagi perlawanan kelapan (LS8) membabitkan pasukan Johor Darul Ta’zim menentang Kedah Darul Aman FC turut disiarkan secara siaran langsung di saluran sukan Astro Arena Bola (803) serta AstroGo, seawal jam 7:45 malam bermula dengan siaran pra rancangan.

Untuk menonton secara siaran langsung di internet sila klik, Live Streaming JDT Vs Kedah saingan Liga Super bagi mendapatkan maklumat lanjut siaran langsung perlawanan.

Keputusan JDT Lwn Kedah Liga Super 2024

Dalam perkembangan yang sama, editor turut mengikuti serta mengemaskini keputusan JDT vs Kedah bagi aksi kelapan saingan Liga Super 2024 secara langsung (live score) hingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan Langsung Johor Darul Ta’zim Vs Kedah Darul Aman FC Liga Super 2024
Tuan RumahMasa PenuhPelawat
JDT logo jdt60logo kedah fc Kedah FC
Penjaring GolPenjaring Gol
9′,36′(P),65′ Bergson
75′ Feroz
77′ Murilo
81′ Afiq Fazail
Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Kongsi Artikel