Ketika berbicara tentang bola sepak di Malaysia, nama Johor Darul Ta’zim (JDT) pasti tidak asing kepada peminat sukan tanah air. JDT bukan sahaja menjadi kebanggaan negeri Johor bahkan menjadi ikon kepada perkembangan bola sepak Malaysia. Dengan kejayaan demi kejayaan dalam liga tempatan, pasukan ini kini bersedia untuk mencabar pentas tertinggi bola sepak Asia, Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim 2024-2025.
Johor Darul Ta’zim ACLE
Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah simbol kemajuan bola sepak Malaysia. Dengan usaha yang berterusan dalam membangunkan pasukan, JDT bersiap sedia untuk mencabar pentas Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024. Perjalanan ini bukan sahaja untuk meraih kejayaan tetapi juga untuk mengangkat nama Malaysia di persada bola sepak Asia.
Marilah kita menyokong JDT dalam usaha mereka mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa. Bersama kita jayakan JDT, bersama kita capai kejayaan.
Johor Darul Ta’zim ditubuhkan pada tahun 2013 dengan semangat membara untuk memajukan sukan bolasepak tempatan. Dalam masa yang singkat, JDT mengalami transformasi besar-besaran yang dibuat oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Dengan pelaburan yang besar dalam aspek latihan, pembangunan pemain dan infrastruktur, JDT mula mencatatkan kejayaan cemerlang di dalam dan luar negara.
Kejayaan JDT dalam Liga Tempatan
Sejak kemunculannya, JDT telah mendominasi Liga Malaysia dengan kejuaraan berturut-turut. Pasukan ini tidak hanya berjaya mengekalkan takhta liga, tetapi juga merangkul pelbagai kejuaraan domestik. Kejayaan ini bukan sahaja meningkatkan reputasi JDT di peringkat tempatan tetapi juga memberi laluan untuk mereka beraksi di pentas Asia.
Kejayaan JDT tidak terhasil dengan mudah. Mereka memiliki pasukan pengurusan yang berwibawa, barisan pemain berkualiti tinggi dan strategi permainan yang cemerlang. Dengan pengendali berpengalaman seperti Hector Bidoglio, JDT mampu menampilkan corak permainan menarik dan efektif. Pemain-pemain bintang seperti Bergson da Silva serta yang lain-lainnya dan pemain muda tempatan berbakat, Arif Aiman Hanapi merupakan antara aset berharga pasukan yang memberikan sumbangan besar kepada kejayaan JDT.
Cabaran Dan Persiapan
Dengan kejayaan di liga tempatan, JDT kini berhasrat untuk mengukir nama di peringkat Asia. Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) merupakan pentas yang sangat kompetitif dengan penyertaan kelab-kelab terbaik dari pelbagai negara. Cabaran terbesar bagi JDT adalah untuk menyesuaikan diri dengan corak permainan yang berbeza, serta memahami taktik dan strategi lawan yang berpengalaman.
Persiapan bagi menghadapi ACLE 2024/25 telah dimulakan sejak awal lagi. JDT telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan bertaraf tinggi untuk menguji kekuatan dan keupayaan pasukan. Latihan intensif yang melibatkan aspek fizikal, teknik dan taktikal dijalankan untuk memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik. Selain itu, pengurusan juga mempersiapkan variasi dalam strategi yang boleh diterapkan bergantung kepada gaya permainan lawan.
Harapan Penyokong
Sebagai pasukan yang menjadi tumpuan, harapan penyokong dan masyarakat terhadap JDT adalah sangat tinggi. Mereka tidak hanya mengharapkan pasukan mereka berjaya di peringkat domestik, tetapi juga mampu bersaing dengan kelab-kelab ternama Asia. JDT juga perlu menyedari bahawa mereka membawa nama Malaysia dalam kejohanan berprestij ini, dan sokongan daripada penyokong adalah sangat penting.
Jadual, Keputusan, Kedudukan Carta JDT ACLE 2025
JDT berazam untuk mencipta sejarah di ACLE 2024/25 dan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang melangkah jauh dalam kejohanan ini. Dengan barisan pemain berbakat dan sokongan padu daripada penyokong, JDT berpotensi untuk mencabar kelab-kelab gergasi Asia.
Berikut adalah jadual, keputusan dan kedudukan carta pasukan Johor Darul Ta’zim dalam Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim 2024-25.
Peringkat Kumpulan Liga
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
18 September: Rabu | |||||
8:00PM | Shanghai Port | 2 | 2 | JDT | |
1 Oktober: Selasa | |||||
8:00PM | JDT | 3 | 0 | Shanghai Shenhua | |
22 Oktober: Selasa | |||||
6:00PM | Gwangju FC | 3 | 1 | JDT | |
5 November: Selasa | |||||
8:00PM | JDT | 3 | 0 | Ulsan HD | |
26 November: Selasa (Shandong Taishan tarik diri dari saingan – *keputusan tidak dikira*) | |||||
8:00PM | Shandong Taishan | 1 | 0 | JDT | |
3 Disember: Selasa | |||||
8:00PM | JDT | 0 | 0 | Buriram United | |
11 Februari 2025: Selasa | |||||
4:00PM | C.Coast Mariners | 1 | 2 | JDT | |
18 Februari – 2025: Selasa | |||||
8:00PM | JDT | 5 | 2 | Pohang Steelers |
Carta ACLE Asia Timur
Johor Darul Ta’zim menamatkan saingan peringkat liga kumpulan di kedudukan ketiga sekali gus berjaya ke perlawanan peringkat 16 pasukan terbaik yang dimainkan secara timbal balik di mana keputusan untuk mara ke suku akhir adalah berdasarkan aggregate.
No | Pasukan | BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | Yokohama F Marinos | 7 | 6 | 0 | 1 | 21 | 7 | +14 | 8 |
2 | Kawasaki Frontale | 7 | 5 | 0 | 2 | 13 | 4 | +9 | 15 |
3 | JDT | 7 | 4 | 2 | 1 | 16 | 8 | +8 | 14 |
4 | Gwangju FC | 7 | 4 | 2 | 1 | 15 | 9 | +6 | 14 |
5 | Vissel Kobe | 7 | 4 | 1 | 2 | 14 | 9 | +5 | 13 |
6 | Buriram United | 8 | 3 | 3 | 2 | 7 | 12 | -5 | 12 |
7 | Shanghai Shenhua | 8 | 3 | 1 | 4 | 13 | 12 | +1 | 10 |
8 | Shanghai Port | 8 | 2 | 2 | 4 | 10 | 18 | -8 | 8 |
9 | Pohang Steelers | 7 | 2 | 0 | 5 | 9 | 17 | -8 | 6 |
10 | Ulsan HD | 7 | 1 | 0 | 6 | 4 | 16 | -12 | 3 |
11 | Central Coast Mariners | 7 | 0 | 1 | 6 | 8 | 18 | -10 | 1 |
12 | Shandong Taishan | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 | 0 |
BP | M | S | K | JG | GB | PG | MT |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Bilangan Perlawanan | Menang | Seri | Kalah | Jaringan Gol | Gol Bolos | Perbezaan Gol | Mata |
Mara Ke Pusingan 16 | Tersingkir |
Peringkat 16 Pasukan
Tarikh Masa | Tuan Rumah | Keputusan | Pelawat | ||
---|---|---|---|---|---|
4 Mac 2025, Selasa: Pusingan 16/1 | |||||
10PM | Buriram Utd | 0 | 0 | JDT | |
11 Mac 2025, Khamis: Pusingan 16/2 | |||||
8:00PM | JDT | 0 | 1 | Buriram Utd | |
Buriram United Menang Aggregate 1-0 |