test. Alhamdulillah, kita bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat-Nya, kita masih berpeluang untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak bagi tahun 2025 Masihi bersamaan 1446 Hijrah. Ketibaan bulan yang penuh keberkatan ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Ramadhan bukan hanya sekadar bulan berpuasa, tetapi ia juga merupakan Syahrul Magfirah (Bulan Keampunan) dan Syahrul Najah (Bulan Kemenangan dan Pembebasan dari Api Neraka) yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Puasa Bulan Ramadhan Al-Mubarak
Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan peluang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dengan merancang waktu ibadah yang tepat dan mengambil kesempatan untuk melakukan amal soleh, kita dapat meraih keberkatan dan keampunan yang dijanjikan. Marilah kita bersama-sama memanfaatkan bulan yang mulia ini dengan sebaik-baiknya, agar kita tidak hanya menjadi hamba yang berpuasa, tetapi juga hamba yang mendapat keredhaan dan kasih sayang Allah.
Semoga kita semua diberikan kekuatan dan hidayah untuk menjalani ibadah puasa tahun ini dengan sepenuh hati. Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
Makna dan Kelebihan Bulan Ramadhan
Bulan Ramadhan adalah bulan yang penuh dengan pelbagai ibadah dan amal soleh. Selain daripada menunaikan ibadah puasa, kita digalakkan untuk menghidupkan malam-malamnya dengan pelbagai ibadah seperti qiyamullail, beriktikaf, bertadarus Al-Quran, dan mengharapkan kehadiran malam Lailatul Qadar. Malam yang penuh dengan keberkatan ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh setiap Muslim untuk berdoa dan memohon keampunan daripada Allah SWT.
Dalam perkara ini, kita seharusnya bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bermujahadah dalam Saiyidus Syuhur (Penghulu Sekalian Bulan) kali ini. Bulan Ramadhan yang penuh dengan rahmah dan maghfirah ini akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak memanfaatkan keistimewaan yang dikurniakan dengan sebaik-baiknya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama merebut peluang ini, kerana belum tentu kita akan bertemu lagi dengan Ramadhan yang akan datang.
Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadan 2025 (JAKIM)
Bersempena dengan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menyediakan jadual waktu imsak dan berbuka puasa bagi tahun 1446 Hijrah bersamaan 2025 Masihi. Jadual ini akan menjadi rujukan penting bagi umat Islam di Malaysia dalam merancang waktu yang sesuai untuk bersahur dan berbuka puasa. Sebagai panduan, waktu terbaik untuk bersahur adalah pada waktu yang hampir dengan azan Subuh, manakala waktu berbuka puasa adalah ketika azan Maghrib berkumandang.
Rujukan Jadual Waktu Mengikut Negeri
Untuk memudahkan umat Islam di Malaysia, JAKIM telah menyediakan jadual waktu berbuka puasa dan imsak mengikut zon dan kawasan di seluruh negeri. Anda boleh mengakses maklumat terperinci dengan mengklik nama negeri masing-masing di bawah. Ini akan membolehkan anda merancang aktiviti ibadah dengan lebih baik sepanjang bulan Ramadhan.
- Perlis
- Kedah
- Pulau Pinang
- Perak
- Kuala Lumpur
- Putrajaya
- Selangor
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor
- Pahang
- Terengganu
- Kelantan
- Sarawak
- Sabah
- Labuan