Seramai 292 atlet keseluruhannya membabitkan 191 lelaki dan 101 wanita membawa cabaran Malaysia di Temasya Sukan Asia ke-19 Hangzhou, China akan beraksi dalam 29 acara merangkumi 23 jenis sukan yang disertai oleh Malaysia.
Temasya sukan terbesar benua Asia, Sukan Asia edisi ke-19 di Hangzhou, China sepatutnya dijadual berlangsung pada September tahun lepas (2022) namun ditunda ke tahun ini (2023) susulan pandemik melanda dunia yang menghuru-harakan kalendar temasya sukan antarabangsa.
Temasya Sukan ASIA ke-19 di Hangzhou, China akan menjadi indikasi sebenar mengenai tahap kemampuan dan prestasi atlet Malaysia bagi mengharumkan nama negara melalui arena sukan selepas kebanyakan kejohanan antarabangsa ditangguh atau dibatalkan susulan pandemik sejak awal 2020 hingga awal tahun lepas.
Peminat sukan tanah air pasti mengharapkan temasya Sukan Asia 2022 kali ini menjadi kesinambungan dari edisi ke-18 yang dianjurkan pada tahun 2018 di Jakarta dan Palembang Indonesia dalam memperbaiki pencapaian pungutan pingat dan kedudukan keseluruhan bagi negara-negara bertanding.
Sukan Asia menyaksikan Hangzhou, China menjadi bandar negara tuan rumah edisi ke-19 bagi tahun 2022.
Sukan Asia ke-19 secara rasminya akan berlangsung bermula pada 23 September 2023 hingga 8 Oktober 2023 dengan membabitkan 481 acara dalam 40 jenis sukan yang dipertandingkan.
Bola sepak merupakan sukan yang mendapat perhatian utama dalam Sukan Asia, namun Malaysia tidak menghantar skuad bola sepak bawah 23 tahun bimbingan E Elavarasan bagi menyertai Sukan Asia di Hangzhou, China.
Keputusan tersebut dibuat susulan skuad bawah 23 (B-23) tahun negara perlu memberi keutamaan kepada kelayakan Piala Asia B-23 2024 yang berlangsung pada bulan yang sama (September).
Mampukah kontinjen negara mempertahankan pencapaian Malaysia ketika sukan Asia edisi ke-18 di Jakarta dan Palembang Indonesia dengan pencapaian 7 pingat emas, 13 perak dan 16 gangsa menjadikan jumlah keseluruhan kutipan sebanyak 36 pingat.
Pada temasya Sukan Asia edisi ke-19 ini, Malaysia tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik sebaliknya hanya menyasarkan sebanyak 27 pingat tanpa mengira warna secara kutipan keseluruhannya.
Keputusan tidak meletakkan sasaran pingat secara spesifik adalah bagi memastikan atlet yang mewakili Malaysia pada temasya Sukan Asia di Hangzhou, China edisi ke-19 tidak berdepan dengan sebarang tekanan yang berpotensi menggugat misi memburu kilauan pingat diidamkan.
Peminat sukan di Malaysia boleh menyaksikan Temasya Sukan Asia 2022/2023 yang diadakan Hangzhou, China secara langsung menerusi RTM Sukan, RTM TV Okey dan Astro Arena.
Menerusi ruangan ini, peminat sukan boleh mendapatkan semua maklumat siaran langsung atau live streaming Sukan ASIA 2023 melibatkan atlet Malaysia terutamanya yang akan disiarkan menerusi stesen penyiaran di Malaysia antaranya RTM Sukan (Sports), RTM TV Okey, dan saluran sukan berbayar Astro Arena.
Tarikh Temasya Sukan Asia 2023 Hangzhou, China | |
Mula | Tamat |
23 September 2023 | 8 Oktober 2023 |
Berikut adalah jadual harian melibatkan atlet Malaysia di Temasya Sukan Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou, China.
Jadual Harian Penuh Atlet Malaysia Sukan ASIA Hangzhou, China 2023 | ||||
JADUAL HARI INI 8 OKTOBER 2023, AHAD (Hari Terakhir) | ||||
Masa | Sukan | Peringkat, Kategori | Atlet | |
8:30AM | Karate | Pusingan 32 Wanita: Kumite -50kg Malaysia vs Bangladesh | C. Shahmalarani | |
*Beraksi di peringkat seterusnya jika menang | ||||
Pautan (Link) Saluran Tontonan Online | ||||
6 Saluran Eksklusif Siaran Langsung Sukan Asia 2022-2023 (RTM Official Broadcaster) | ||||
Sukan RTM | ||||
RTM TV Okey | ||||
Nota | ||||
Penambahan jadual atlet Malaysia akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut hari dan peringkat. |