Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak atau jagaan dilahirkan pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke prasekolah bagi kemasukan Kalendar Akademik sesi 2025/2026.
Prosedur Permohonan Pendaftaran Ke Prasekolah
Prosedur permohonan pendaftaran anak ke prasekolah ambilan 2025/2026 mengikut pilihan prasekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi sistem E-prasekolah KPM ataupun secara manual (guna borang) melalui sekolah yang mahu dimohon.
Permohonan Terbuka Kepada Warganegara Malaysia
Permohonan pendaftaran anak ke prasekolah tahun 2025 adalah terbuka kepada warganegara Malaysia merangkumi seluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Pendedahan Anak / Jagaan Kepada Pendidikan Asas
Seperti sedia maklum, kanak-kanak yang mencapai umur 4 hingga 6 tahun perlu diberikan pendedahan dengan pendidikan asas yang berkualiti kerana ia penting bagi menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek perkembangan antaranya menguasai kemahiran asas selain memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke Sekolah Rendah.
Permohonan E-Prasekolah Pendaftaran Murid Prasekolah Tahun 2025
Ibubapa dan penjaga diingatkan peka terhadap tarikh permohonan pendaftaran anak ke prasekolah tahun 2025/2026 dibuka.
Menurut pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Sistem E-Prasekolah tarikh permohonan pendaftaran dibuka adalah pada 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024.
Peka Terhadap Tarikh Buka Dan Tutup
Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke prasekolah bagi Kalendar Akademik sesi 2025/2026 selepas tarikh tutup permohonan mungkin akan merumitkan lagi proses pendaftaran.
Permohonan Online Pendaftaran Anak Pra Sekolah
Objektif Sistem E-Prasekolah dibangunkan adalah bagi memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga dari berulang-alik ke sekolah untuk tujuan membuat permohonan.
Walaubagaimanapun, Ibu bapa dan penjaga diberi pilihan dengan menggunakan kaedah permohonan secara online ataupun secara manual (guna borang yang diambil di sekolah).
Ibu Bapa Yang Pernah Guna Sistem E-Prasekolah
Bagi Ibu Bapa dan Penjaga yang pernah menggunakan Sistem E-Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia mungkin tiada masalah untuk membuat permohonan terbaharu, mereka hanya perlu Log Masuk (Log In) ke dalam sistem berkenaan dengan menggunakan No Mykad / id pengguna dan kata laluan yang didaftarkan sebelum ini.
Ibu Bapa Pertama Kali Guna Sistem E-Prasekolah
Namun kepada Ibu Bapa dan Penjaga yang pertama kali menggunakan Sistem E-Prasekolah, boleh merujuk kepada maklumat di bawah kerana editor akan memberitahu langkah-langkah untuk menggunakan fungsi-fungsi sistem tersebut.
Selain itu, editor turut menyertakan maklumat-maklumat penting yang berkaitan permohonan pendaftaran murid ke prasekolah bagi Kalendar Akademik sesi 2025/2026.
Tarikh | Dibuka | Ditutup | |
---|---|---|---|
1 Mac 2023 | 30 April 2023 | ||
Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. |
1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja |
2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2019 hingga 15 Januari 2021 sahaja yang layak untuk memohon. |
Langkah-Langkah Permohonan Online Daftar Prasekolah |
1. Sila layari laman sesawang rasmi Sistem E-Prasekolah KPM , klik pada pautan (link) di bawah. |
https://eprasekolah.moe.gov.my |
2. Pengguna pertama kali (ibu bapa penjaga) perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem E-Prasekolah, klik pada ‘Daftar Pengguna’. Bagi ibu bapa / penjaga yang pernah menggunakan sistem E-Prasekolah hanya perlu log masuk ke sistem dengan menggunakan No Kad Pengenalan dan Katalaluan yang didaftarkan sebelum ini, kemudian klik butang ‘Log Masuk’ |
3. Pengguna baru perlu melengkapkan maklumat diri yang diperlukan bagi mendapatkan kata laluan untuk mengakses sepenuhnya sistem E-Prasekolah. |
4. Untuk panduan selanjutnya dan lengkap, sila rujuk kepada Garis Panduan E-Prasekolah yang terdapat dalam laman sesawang rasmi e-prasekolah. |