Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2025

Permohonan Pendaftaran Murid Tahun 1 Ambilan 2025 Kalendar Akademik 2025/2026 Berserta Dengan Panduan Dan Tarikh Pendaftaran Secara Online.
murid sekolah rendah

Ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak atau jagaan dilahirkan pada 2 Januari 2018 hingga 1 Januari 2019 boleh mendaftarkan anak jagaan masing-masing ke sekolah bagi kemasukan murid tahun satu sesi akademik 2025/2026.

Prosedur Pendaftaran Murid Ke Tahun 1

Prosedur permohonan pendaftaran anak masuk darjah 1 bagi Kalendar Akademik Sesi 2025/2026 mengikut pilihan sekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui laman sesawang rasmi Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS atau idMe).

Permohonan pendaftaran murid ke tahun satu bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 secara online ini adalah terbuka kepada seluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.

Sila ambil perhatian terhadap tempoh masa yang diberikan kerana kelewatan mendaftarkan anak ke tahun 1 selepas sistem permohonan ditutup akan merumitkan lagi proses permohonan.

Ibubapa dan penjaga diingatkan peka terhadap tarikh permohonan pendaftaran sekolah anak ke tahun 1 dibuka.

Tarikh Permohonan Pendaftaran Tahun 1 Dibuka

Menurut pengumuman terkini dari laman sesawang rasmi Modul pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM tarikh permohonan pendaftaran dibuka adalah pada 2 Mei 2024 hingga 30 Jun 2024.

Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM dibangunkan bagi memudahkan Ibu Bapa dan Penjaga membuat permohonan tanpa perlu mengisi borang manual selain menjimatkan masa ibu bapa dan penjaga daripada berulang-alik ke pejabat sekolah untuk membuat permohonan.

Ibu Bapa dan Penjaga yang pertama kali menggunakan Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu, boleh merujuk kepada maklumat di bawah kerana editor akan memberitahu langkah-langkah untuk menggunakan fungsi-fungsi sistem tersebut.

Selain itu, editor turut menyertakan maklumat-maklumat penting yang berkaitan permohonan pendaftaran kemasukan kanak-kanak ke tahun 1 ambilan 2025/2026.

Tarikh Permohonan
DibukaDitutup
2 Mei 202430 Jun 2024
Tarikh rasmi permohonan dibuka dan ditutup adalah tepat sepertimana diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarat Umum Permohonan
i. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
ii. Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2018 hingga 1.1.2019 sahaja
Langkah-Langkah Permohonan
Sila layari laman sesawang rasmi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu, klik pada pautan (link) di bawah.
pautan keluar https://idme.moe.gov.my
Pengguna pertama kali (ibu bapa penjaga) perlu mendaftar terlebih dahulu sebagai pengguna sistem idMe, klik pada “Daftar Baru”. Kemudian lengkapkan maklumat yang diperlukan.
Untuk panduan selanjutnya dan lengkap, sila rujuk kepada Garis Panduan, klik pada judul pautan (link) di bawah.
pautan keluar Manual Pengguna
Sebarang maklumat lanjut boleh didapati dalam laman sesawang Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu atau menghubungi Pejabat Pendidikan Daerah ataupun sekolah yang berkenaan.
Info Berkaitan
pautan keluar Panduan Lengkap Cara Pendaftaran

Kongsi Artikel