Dividen ASB 2023 : Kadar Terkini Dan Tarikh Pengumuman

Perincian Dividen ASB 2023 Berserta Dengan Kadar Pengagihan Terkini Dan Tarikh Pengumuman Dividen ASB Terkini Bagi Kewangan Tahun 2023.
dividen asb graf

Setiap hujung tahun, iaitu pada bulan Disember sememangnya dinanti-nantikan oleh semua pemegang unit atau pencarum yang mempunyai simpanan pelaburan dalam skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) menanti perkhabaran berita gembira dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) berhubung dengan pengagihan pendapatan atau dividen Amanah Saham Bumiputera.

Manfaat Dividen Dan Bonus ASB

Bagi sesetengah pemegang unit Amanah Saham Bumiputera, dividen dan bonus yang bakal diterima itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos perbelanjaan keperluan awal tahun terutamanya kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bersekolah kerana permulaan sesi persekolahan awal tahun pasti memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi.

Sekiranya menghadapi situasi mendesak seperti ini, gaji atau bonus hujung tahun yang diterima tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan awal tahun, apatah lagi kalau ibu bapa yang mempunyai anak ramai.

Masa inilah segala macam bantuan kewangan dan pelaburan yang ada seperti skim Amanah Saham Bumiputera menjadi penyelamat.

Ringkasan Tentang Amanah Saham Bumiputera

Secara ringkasnya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan dana amanah pelaburan khusus untuk kaum bumiputera Malaysia.

Objektif dana ini adalah untuk menyediakan satu cara simpanan alternatif bagi Bumiputera Malaysia selain bertujuan untuk menjana pulangan jangka panjang yang konsisten dan berdaya saing kepada pelabur-pelabur.

Tarikh Pengumuman Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2023

Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan mengumumkan pengagihan pendapatan (dividen) dan bonus berkadaran sen seunit bagi skim Amanah Saham Bumiputera untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini (2023).

Kadar jumlah pengagihan pendapatan (Dividen) dan Bonus skim Amanah Saham Bumiputera bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 kebiasaannya bakal diumumkan selewat-lewatnya pada minggu terakhir dalam bulan Disember ini.

Kemaskini

Berikut adalah ruangan kemaskini maklumat mengenai tarikh rasmi pengumuman Dividen dan ASB dan kadar Dividen serta Bonus yang bakal diterima oleh setiap pemegang unit.

Pengumuman Dividend Dan Bonus ASB 2023
PerkaraButiran
Tarikh21 Disember 2023
HariKhamis
Kadar Dividen Dan Bonus ASB 2023 Terkini
(Sen – Seunit)
TahunDividenBonus
20234.251.00
jumlah dividen asb 2023
Senarai Rekod Dividen ASB Tahun 2022 – 1990
(Sen / Seunit)
TahunDividenBonus
20223.351.25
20214.250.75
20203.500.75
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.25
+1.00 (Bonus Khas Ulangtahun)
20166.750.50
20157.250.50
20147.501.00
20137.701.00
20127.751.15
20117.701.00
20107.501.25
20097.301.20
20087.001.75
20078.001.00
20067.301.25
20057.251.75
20047.252.00
20037.252.00
20027.002.00
20017.003.00
20009.752.00
19998.501.50
+2.0 (2sen bonus istimewa)
19988.002.50
199710.251.25
199610.253.00
+2.0 (2sen bonus istimewa)
199510.03.00
19949.504.50
19939.004.50
19927.505.00
19918.504.00
19908.006.00

Faktor Mempengaruhi Kadar Dividen ASB

Dividen Amanah Saham Bumiputera merupakan salah satu faktor penting yang menjadi pertimbangan bagi setiap pemegang unit ASB samada mahu meneruskan pelaburan ataupun tidak.

Kadar dividen dan bonus yang diberikan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak tetap serta boleh berubah dari tahun ke tahun dan dipengaruhi oleh beberapa faktor.

Dalam artikel ini, editor akan menyenaraikan beberapa faktor yang mempengaruhi kadar dividen ASB hasil dari tinjauan dan pengumpulan maklumat yang diperolehi.

Prestasi Pasaran Saham

Salah satu faktor utama yang mempengaruhi kadar dividen ASB adalah prestasi pasaran saham. PNB melaburkan sebahagian besar asetnya dalam saham-saham syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan luar negara. Sekiranya prestasi pasaran saham adalah baik, keuntungan yang diperoleh daripada pelaburan saham ini akan meningkat. Ini akan memberi kesan positif kepada kadar dividen yang diberikan kepada setiap pemegang unit ASB.

Pendapatan Pelaburan ASB

Pendapatan pelaburan ASB juga merupakan faktor penting yang mempengaruhi kadar dividen. PNB melaburkan dana yang dikumpulkan daripada pemegang unit dalam pelbagai instrumen pelaburan seperti saham, bon, dan hartanah. Jika pendapatan pelaburan ini meningkat, maka jumlah dividen yang boleh diberikan kepada pemegang unit ASB juga akan meningkat.

Kos Pengurusan

Kos pengurusan juga boleh mempengaruhi kadar dividen ASB. Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengenakan kos pengurusan untuk menguruskan dana yang dilaburkan dan menjalankan operasi harian. Jika kos pengurusan meningkat, maka jumlah dividen yang diberikan kepada pemegang unit ASB mungkin akan berkurang kerana sebahagian daripada pendapatan akan digunakan untuk menampung kos tersebut.

Polisi Pengagihan Dividen ASB

Polisi pengagihan dividen ASB juga memainkan peranan dalam menentukan kadar dividen. PNB mempunyai polisi pengagihan dividen yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. Polisi ini boleh melibatkan faktor-faktor seperti mengekalkan kadar dividen yang stabil atau memberikan kadar dividen yang bersesuaian dengan prestasi pelaburan. Oleh itu, polisi ini akan mempengaruhi kadar dividen yang diberikan kepada pemegang unit ASB.

Keadaan Ekonomi Dan Politik Semasa

Keadaan ekonomi dan politik juga boleh mempengaruhi kadar dividen ASB. Jika ekonomi negara berada dalam keadaan yang baik dan politik negara adalah stabil, ini boleh memberi kesan positif kepada prestasi pelaburan ASB. Sebaliknya, jika ekonomi atau politik mengalami ketidakstabilan, ini boleh memberi kesan negatif kepada prestasi pelaburan dan kadar dividen ASB.

Kesimpulan

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kadar dividen ASB. Prestasi pasaran saham, pendapatan pelaburan ASB, kos pengurusan, polisi pengagihan dividen, dan keadaan ekonomi dan politik adalah beberapa faktor yang perlu diambil kira.

Memahami faktor-faktor ini dapat membantu pemegang unit ASB untuk lebih memahami dan merancang pelaburan mereka dengan lebih baik.

Kongsi Artikel