Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (Duit STR) 2024 akan dimasukkan (dikreditkan) terus ke dalam akaun bank penerima sedia ada atau membuat tuntutan tunai di cawangan BSN bagi penerima yang tiada akaun bank setelah Permohonan baru Kemaskini Maklumat atau Permohonan Rayuan masing-masing telah disahkan berjaya.
Apakah Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah merupakan skim bantuan bersasar yang menggantikan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). STR dilaksanakan dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik bermula Januari 2024.
Sama seperti Bantuan Keluarga Malaysia sebelumnya, pembayaran duit STR turut akan dibuat secara berperingkat-peringkat sehingga mencapai jumlah kadar keseluruhan berdasarkan kategori pendapatan bulanan Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas sepertimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Jumlah Pembayaran Duit STR
Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran keseluruhan Duit STR yang akan diterima mengikut Kategori, Pendapatan dan Bilangan Anak penerima.
Kategori Bantuan | Pendapatan | Bilangan Anak = Jumlah Bantuan | |||
---|---|---|---|---|---|
0 | 1-2 | 3-4 | ≥5 | ||
Isi Rumah | RM2,500 ke bawah | RM1,000 | RM1,500 | RM2,000 | RM2,500 |
Isi Rumah | RM2,501 – RM5,000 | RM500 | RM750 | RM1,000 | RM1,250 |
Jumlah | |||||
Warga Emas Bujang (Tiada Pasangan) | RM5,000 ke bawah | RM600 | |||
Bujang (Individu) | RM2,500 ke bawah | RM350 |
Pengkreditan Duit STR
Pembayaran duit STR akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing.
Bagi penerima baharu yang masih tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan, perlu membuat tuntutan pembayaran duit STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Perkara | Kaedah Bayaran |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | |
Berjaya Kredit | Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian / permohonan STR; atau |
Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BKM sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat. | |
Gagal Kredit | Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau |
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini STR. | |
Penerima Tiada Akaun Bank | |
Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau | |
Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan / kemaskini STR. |
Agensi Verifikasi Kelayakan
Maklumat permohonan yang baharu, mahupun kemaskini maklumat penerima sedia ada akan melalui proses verifikasi yang dilakukan secara menyeluruh dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengenal pasti pendapatan bulanan terkini pemohon baru dan penerima sedia ada.
Proses semakan maklumat terkini permohonan baru dan penerima sedia ada yang dijalankan adalah bertujuan bagi memastikan Skim Sumbangan Tunai Rahmah disasarkan kepada golongan yang benar-benar layak menerima.
Antara agensi-agensi yang terlibat dengan semakan data Sumbangan Tunai Rahmah adalah seperti berikut.
Agensi | Agensi |
---|---|
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) | Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) |
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) | Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) |
Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) | Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) |
Agensi-agensi kerajaan yang berkaitan |
Semakan Status Pembayaran
Status pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah boleh disemak menerusi Portal Rasmi STR Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia di pautan dalam ruangan di bawah.
Maklumat lanjut cara membuat semakan status pembayaran dan panduan pengguna turut dinyatakan di dalam portal berkenaan ataupun klik pada judul pautan (link) lampiran yang disertakan di bawah. |
Pautan Lampiran PDF |
Jadual Dan Tarikh Pembayaran Duit STR 2024
Kementerian Kewangan Malaysia menerusi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan mengeluarkan Jadual Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah sebagai rujukan penerima.
Berikut adalah Jadual Tarikh Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah serta maklumat nilai jumlah bantuan kewangan yang akan diterima oleh pemohon baru dan penerima sedia ada sekiranya permohonan dan kemaskini maklumat mereka disahkan berjaya.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kumpulan penerima terutamanya B40 bermula pada tarikh bayaran sepertimana yang dinyatakan serta tertakluk kepada prosedur bank masing-masing merangkumi masa dan hari yang diambil bagi tujuan proses pengkreditan amaun ke dalam akaun bank penerima.
Bayaran Isi Rumah RM2,500 Ke Bawah
Isi Rumah (tiada had umur) Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Mengikut Bilangan Anak.
Bilangan Anak | Jumlah | |
---|---|---|
(0) | Tiada Anak | RM1,000 |
(1-2) | Mempunyai 1 hingga 2 orang anak | RM1,500 |
(3-4) | Mempunyai 3 hingga 4 orang anak | RM2,000 |
(≥5) | Mempunyai 5 anak dan ke atas | RM2,500 |
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
0 | RM500 | RM150 | ||
1-2 | RM500 | RM300 | ||
3-4 | RM500 | RM500 | ||
≥5 | RM500 | RM650 | ||
Tarikh Bayaran | 29 Januari | 3 April |
Bayaran Isi Rumah RM2,501-RM5,000
Isi Rumah (tiada had umur) Berpendapatan RM2,501 Hingga RM5,000 Mengikut Bilangan Anak.
Bilangan Anak | Jumlah | |
---|---|---|
(0) | Tiada Anak | RM500 |
(1-2) | Mempunyai 1 hingga 2 orang anak | RM750 |
(3-4) | Mempunyai 3 hingga 4 orang anak | RM1,000 |
(≥5) | Mempunyai 5 anak dan ke atas | RM1,250 |
Bilangan Anak | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
0 | RM100 | RM100 | ||
1-2 | RM150 | RM200 | ||
3-4 | RM250 | RM250 | ||
≥5 | RM300 | RM300 | ||
Tarikh Bayaran | 29 Januari | 3 April |
Bayaran Warga Emas
Individu Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan berumur 60 tahun dan ke atas Berpendapatan RM5,000 Ke Bawah.
Kategori | Jumlah |
---|---|
Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan | RM600 |
Fasa | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
Jumlah | RM150 | RM150 | ||
Tarikh Bayaran | 29 Januari | 3 April |
Bayaran Individu Bujang Dan OKU
Individu Bujang Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah berumur 21 hingga 59 tahun dan OKU berumur 19 tahun hingga 59 tahun.
Kategori | Jumlah |
---|---|
Individu & OKU Bujang | RM350 |
Fasa | Fasa 1 | Fasa 2 | Fasa 3 | Fasa 4 |
---|---|---|---|---|
Jumlah | RM100 | RM100 | ||
Tarikh Bayaran | 29 Januari | 3 April |
Sumbangan Asas Rahmah
Penerima STR yang terdiri dari golongan Miskin Tegar turut menerima bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membolehkan penerima memberi barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan kad pengenalan (MyKad) di premis atau kedai-kedai barangan keperluan asas (kedai runcit) berdaftar.
Berikut adalah perincian Jumlah Bayaran keseluruhan Sumbangan Asas Rahmah yang akan diterima mengikut kategori bantuan ditetapkan.
Kategori Kelulusan (Miskin Dan Miskin Tegar) | Amaun Bayaran |
---|---|
Isi Rumah i. Kahwin ii Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak | RM1,200 |
Warga Emas Tiada Pasangan | |
Bujang | RM600 |
Pautan Lampiran PDF | |